KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – DENZA Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan DENZA B8 baharu, dengan harga RM518,800 bagi varian Premium dan RM458,800 bagi varian Dynamic, sekali gus memperkenalkan model pertama berasaskan teknologi DMO Super Hybrid di Malaysia.

DENZA B8 tampil sebagai SUV off road mewah generasi baharu yang menggabungkan prestasi elektrifikasi, kejuruteraan pintar dan keselesaan premium dalam satu pakej yang menyeluruh dan sofistikated. Berteraskan tiga elemen utama iaitu Platform DMO Super Hybrid, sistem kawalan casis pintar DiSUS P serta pengalaman kabin mewah, model ini mentakrifkan semula pendekatan DENZA terhadap mobiliti mewah pintar.

“DENZA B8 merupakan pencapaian penting bagi DENZA di Malaysia susulan pengenalan teknologi DMO Super Hybrid buat pertama kali di pasaran ini,” kata Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia.

“Seiring dengan pengukuhan kehadiran kami di sini, kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada kenderaan elektrik sepenuhnya, tetapi juga memperluaskan rangkaian penyelesaian mobiliti tenaga baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin dinamik. Pelancaran ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak pilihan, di samping membawa teknologi lebih maju, fleksibiliti penggunaan serta pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.”
Prestasi DMO Super Hybrid dengan Keupayaan 4WD dan Kecekapan Jarak Jauh
Di teras DENZA B8 ialah Platform DMO Super Hybrid yang menggabungkan enjin turbo 2.0 liter, dua motor elektrik serta teknologi bateri BYD Blade bagi memberikan keseimbangan optimum antara prestasi, kecekapan dan ketahanan.

Sistem pacuan empat roda pintar ini menjana kuasa gabungan sehingga 450kW dan 760Nm tork, menawarkan pecutan responsif, agihan tork yang tepat serta cengkaman mantap dalam pelbagai keadaan pemanduan sama ada di bandar mahupun laluan off road.
Bateri BYD Blade berkapasiti 36.8kWh membolehkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 115km (NEDC). Digabungkan dengan tangki bahan api 91 liter, DENZA B8 mencapai jumlah jarak pemanduan sehingga 1,040km (NEDC), menjadikannya sesuai untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
Sistem ini turut menyokong mod pemanduan Pure EV, HEV Series dan Parallel yang secara automatik menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan pemanduan semasa.
Dari segi pengecasan, DENZA B8 menyokong pengecas pantas DC sehingga 120kW yang membolehkan pengecasan 30 peratus ke 80 peratus dalam 16 minit, serta pengecasan AC sehingga 11kW. Ia turut dilengkapi fungsi Vehicle to Load (V2L) 6.6kW bagi membolehkan penggunaan kuasa luaran.
DiSUS-P: Sistem Kawalan Casis Pintar untuk Keyakinan Pemanduan Lebih Tinggi
DENZA B8 dilengkapi sistem DiSUS-P Intelligent Hydraulic Body Control System yang direka untuk meningkatkan kestabilan, keselesaan serta adaptasi terhadap pelbagai jenis permukaan jalan.

Sistem ini menawarkan pelarasan ketinggian sehingga 140mm, sekali gus meningkatkan keupayaan off road dan keselesaan pemanduan harian. Ia turut membolehkan kemampuan meredah air sehingga 890mm, dengan sudut pendekatan 34 darjah dan sudut pelepasan 35 darjah.

Dipasangkan dengan tayar 275/55R20, DENZA B8 menampilkan pendirian yang kukuh serta keyakinan lebih tinggi dalam keadaan pemanduan mencabar. Selain keupayaan off road, DiSUS-P turut memastikan kualiti pemanduan lebih stabil dan selesa di lebuh raya, jalan bandar serta permukaan tidak rata.
Pengalaman Kabin Premium dengan Reka Bentuk Pintar dan Keselesaan Menyeluruh
DENZA B8 menampilkan pengalaman kabin premium yang mengutamakan keselesaan, fleksibiliti serta reka bentuk pintar dalam setiap perincian.

Dari segi luaran, model ini mengetengahkan bahasa reka bentuk Starship Mecha yang futuristik menerusi lampu siang LED Starship Wing, lampu belakang Energy Thruster, serta siluet badan yang tegap dan berkarakter.

Di bahagian dalam, fokus diberikan kepada suasana kabin yang tenang dan sofistikated dengan susun atur berorientasikan pemandu, upholsteri kulit Nappa[1] premium serta ruang kabin yang luas untuk keselesaan harian dan perjalanan jarak jauh. DENZA B8 ditawarkan dalam dua konfigurasi:
Kedua-dua barisan kedua dan ketiga turut menyokong pelipatan dan pelarasan elektrik penuh, memberikan fleksibiliti ruang yang tinggi. Kapasiti ruang but adalah antara 147 liter hingga 920 liter (7 tempat duduk) dan sehingga 902 liter (6 tempat duduk).
Sistem audio premium Devialet® 18 pembesar suara yang ditawarkan sebagai standard turut memperkayakan pengalaman dalam kabin dengan bunyi yang lebih imersif dan mendalam.
Pelanggan boleh memilih daripada lima warna luaran iaitu Alpine White, Dawn Gold, Eclipse Black, Emerald Green dan Nebula Silver, serta dua tema dalaman iaitu Onyx Black dan Jasper Brown, dengan semua kombinasi warna boleh dipadankan secara fleksibel bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih peribadi.
Pakej Waranti dan Pemilikan DENZA B8
DENZA B8 ditawarkan bersama pakej pemilikan menyeluruh yang memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan:
Harga DENZA B8
Harga pasaran yang disyorkan bagi DENZA B8 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran) adalah seperti berikut:
DENZA B8 Premium (6 tempat duduk): RM518,800
DENZA B8 Dynamic (7 tempat duduk): RM458,800
DENZA B8 akan dipamerkan kepada umum buat pertama kali dari 22 hingga 24 Mei 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi berikut: