Notis Perlindungan Data Peribada
Tarikh Berkuatkuasa: 21 July 2026
Tarikh Semakan Terakhir: 21 July 2026
Pengenalan
Dalam Pernyataan Privasi ini, kami memberikan maklumat tentang bagaimana Beijing Yiche Information Technology Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "BITAUTO" atau "kami") mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda menggunakan laman web ini ("Laman Web"). Melainkan dinyatakan sebaliknya, Yiche ialah "pengawal" pemprosesan data peribadi yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini.
BITAUTO dirujuk sebagai “kami” atau “kita”. Mana-mana individu yang menggunakan atau mengakses laman web ini, kandungannya atau perkhidmatan yang disediakan dirujuk sebagai “pengguna”, "anda" atau “kamu”.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan kami, menggunakan perkhidmatan kami, membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, menyerahkan data peribadi anda kepada kami, atau berurusan dengan kami dalam apa jua cara, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini serta bersetuju dan memberikan kebenaran kepada kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, memproses dan memindahkan Data Peribadi anda menurut Notis ini dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kami berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini dari semasa ke semasa dengan menerbitkan Notis yang dikaji semula di laman web BITAUTO (“Laman Web”). Komunikasi berterusan anda dengan kami, penggunaan berterusan perkhidmatan kami, pembelian berterusan produk atau perkhidmatan kami, atau urusan berterusan anda dengan kami selepas tarikh kuat kuasa Notis yang dikaji semula hendaklah dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dengan mana-mana versi terjemahan Notis ini dan/atau versi Notis yang dikaji semula, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mengatasi versi terjemahan tersebut.
Pengumpulan Data Peribadi
“Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat berhubung dengan suatu transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang daripadanya anda dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, sama ada daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut bersama-sama maklumat lain yang berada dalam milikan kami, dan termasuk, jika berkenaan, apa-apa data peribadi sensitif serta apa-apa penyataan pendapat tentang anda.
Kategori Data Peribadi yang boleh dikumpulkan oleh BITAUTO mengenai anda adalah bergantung kepada cara anda berinteraksi dan berurusan dengan kami. Sebagai contoh, Data Peribadi tersebut boleh termasuk:
- nama, alamat, nombor telefon, nombor telefon bimbit, akaun media sosial dan alamat e-mel anda;
- minat dan keutamaan anda berhubung dengan produk dan/atau perkhidmatan kami serta produk dan/atau perkhidmatan rakan niaga kami;
- data peranti dan data log apabila anda mengakses mana-mana aplikasi atau Laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama pengguna, versi sistem pengendalian, jenis peranti, pengecam peranti (ID) seperti IMEI, UUID dan alamat MAC, maklumat sistem dan prestasi, jenis pelayar, maklumat rangkaian serta alamat IP;
- komunikasi anda dengan kami, seperti e-mel, rakaman perbualan telefon, borang pendaftaran, borang tinjauan atau borang lain yang seumpamanya, komen pada siaran kami serta mesej-mesej secara atas talian; dan
- apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya perlu bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini atau selainnya dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai.
Sesetengah Data Peribadi yang diminta oleh kami adalah wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk atau perkhidmatan kami, memproses permintaan anda, melaksanakan obligasi kontrak kami atau mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia yang terpakai. Sekiranya penyediaan Data Peribadi tersebut adalah wajib, kegagalan anda untuk memberikan Data Peribadi yang diminta boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang dipohon, memproses permintaan anda atau selainnya memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
Kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan Pengumpulan dan Tujuan Pemasaran yang dinyatakan di bawah.
Sumber Data Peribadi Anda Boleh Diperoleh
a. Kami boleh memperoleh Data Peribadi anda secara langsung daripada anda apabila anda:
- berkomunikasi dengan kami, termasuk apabila anda menghubungi kami berhubung dengan sebarang pertanyaan;
- memasuki apa-apa transaksi komersial atau menjalinkan hubungan kontrak dengan kami ;
- menggunakan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan BITAUTO;
- memohon sebarang maklumat atau menyatakan minat terhadap mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau rakan niaga kami;
- memberikan maklum balas terhadap sebarang bahan pemasaran atau promosi yang diedarkan oleh BITAUTO;
- menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana kempen yang dianjurkan oleh atau bagi pihak BITAUTO;
- mengunjungi mana-mana pejabat atau premis BITAUTO atau rakan niaga kami;
- melayari, menyiarkan atau selainnya mengemukakan sebarang maklumat melalui aplikasi BITAUTO, platform media sosial dan/atau Laman Web; dan
- memberikan sebarang maklum balas kepada BITAUTO.
b. Selain daripada Data Peribadi yang diperoleh secara langsung daripada anda, kami juga boleh memperoleh Data Peribadi anda daripada pihak ketiga, termasuk rakan niaga kami, sumber yang tersedia kepada umum, platform media sosial yang dipautkan oleh anda (seperti akaun Facebook atau YouTube anda), atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami, dan/atau selainnya sebagaimana yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai.
c. Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan Laman Web kami oleh anda melalui penggunaan Cookies. Cookies ialah paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda bagi membantu memudahkan pelayaran anda di Laman Web kami dengan menyesuaikan maklumat yang dipaparkan mengikut keperluan dan keutamaan anda. Cookies itu sendiri tidak mengenal pasti identiti pengguna, sebaliknya hanya mengenal pasti komputer atau peranti yang digunakan. Anda tidak diwajibkan untuk menerima Cookies dan boleh melumpuhkannya melalui tetapan pelayar anda. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan berhubung penggunaan Cookies, anda boleh menetapkan komputer atau peranti anda untuk menerima semua Cookies, dimaklumkan apabila sesuatu Cookies dihantar, atau menolak semua Cookies pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penolakan Cookies mungkin menjejaskan penggunaan anda terhadap Laman Web kami kerana kami mungkin tidak dapat memperibadikan aspek-aspek tertentu penggunaan anda terhadap Laman Web kami.
d. Sila ambil maklum bahawa Notis ini hanya terpakai kepada aplikasi BITAUTO, platform media sosial, Laman Web, serta produk dan/atau perkhidmatan BITAUTO, dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin anda akses melalui aplikasi atau Laman Web kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi yang diamalkan oleh laman web pihak ketiga tersebut. Anda digalakkan untuk menyemak notis privasi masing-masing sebelum memberikan sebarang Data Peribadi kepada mereka. Sekiranya anda menggunakan atau melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana pihak ketiga dan kemudiannya memberikan Data Peribadi anda secara langsung kepada pihak ketiga tersebut, Data Peribadi anda akan tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga berkenaan.
Tujuan Pengumpulan
Kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan perniagaan dan pentadbiran BITAUTO, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut (“Tujuan”):
- memproses pendaftaran, langganan serta pembelian produk dan perkhidmatan kami oleh anda;
- melaksanakan obligasi kami di bawah mana-mana kontrak yang dimeterai dengan anda;
- menyediakan produk atau perkhidmatan yang telah anda minta;
- memproses penyertaan anda dalam mana-mana majlis dan aktiviti, termasuk kajian penyelidikan, tinjauan, promosi, kempen, serta apa-apa penerbitan atau majlis yang dianjurkan oleh atau bagi pihak BITAUTO;
- memproses, mengurus atau mengesahkan pesanan, pembelian atau tempahan anda bagi produk dan perkhidmatan kami;
- memahami dan menganalisis keperluan serta keutamaan anda;
- membangunkan, menambah baik dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang memenuhi keperluan anda;
- memproses sebarang perubahan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami;
- menjawab pertanyaan, ulasan dan maklum balas yang dikemukakan oleh anda;
- berkomunikasi dengan anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
- mengekalkan, menambah baik atau meningkatkan produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan kami;
- tujuan pentadbiran dalaman, seperti audit, analisis data dan penyelenggaraan rekod pangkalan data;
- tujuan penyiasatan, pengesanan, pencegahan dan pendakwaan berhubung pelanggaran keselamatan, jenayah atau penipuan;
- mematuhi obligasi undang-undang, kawal selia dan kontrak kami; dan
- apa-apa tujuan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam terma penggunaan bagi setiap aplikasi dan Laman Web.
Dengan menggunakan aplikasi, Laman Web dan/atau produk serta perkhidmatan kami, anda bersetuju dan memberikan kebenaran kepada kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda bagi Tujuan dan menurut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.
Tujuan Pemasaran
Kami juga boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran berikut ("Tujuan Pemasaran"), termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
- menghantar makluman, surat berita, kemas kini, bahan promosi, tawaran istimewa, sebut harga serta bahan pemasaran daripada kami, rakan niaga, penaja atau pengiklan kami, seperti pengeluar kenderaan, pengedar atau ejen automotif;
- memaklumkan dan menjemput anda untuk menyertai majlis atau aktiviti yang dianjurkan oleh kami, rakan niaga, penaja atau pengiklan kami;
- memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri sesuatu majlis atau aktiviti serta berkomunikasi dengan anda berhubung penyertaan atau kehadiran anda dalam majlis atau aktiviti tersebut;
- mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat pemegangan, syarikat bersekutu, subsidiari, syarikat berkaitan dan entiti yang dikawal bersama dalam kumpulan BITAUTO bagi Tujuan serta bagi memasarkan produk, perkhidmatan, majlis atau promosi mereka; dan
- mendedahkan nama, alamat e-mel, akaun media sosial dan nombor telefon anda kepada rakan niaga, pengiklan, syarikat pengurusan majlis atau penaja kami yang mungkin menghubungi anda bagi tujuan pemasaran dan promosi;
melalui pos, serahan tangan, perkhidmatan kurier, e-mel, panggilan telefon, mesej WhatsApp atau mesej SMS sama ada melalui peranti elektronik, aplikasi mudah alih atau mana-mana platform lain di Internet.
Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima komunikasi pemasaran daripada kami atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung, anda boleh memaklumkan kepada kami secara bertulis menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam Notis ini. Setelah menerima permintaan anda, kami akan menghentikan, atau tidak memulakan, pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses di luar Malaysia, termasuk oleh syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, penyedia perkhidmatan BITAUTO dan/atau di lokasi pelayan BITAUTO yang terletak di luar Malaysia, seperti Hong Kong dan Singapura.
Sebarang pemindahan Data Peribadi anda akan dilaksanakan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana undang-undang lain yang terpakai. Sekiranya persetujuan anda diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai, pemindahan tersebut hanya akan dibuat dengan persetujuan anda. Jika bersesuaian, BITAUTO akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda yang dipindahkan ke luar Malaysia terus diberikan tahap perlindungan yang setanding dengan perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Anda memahami dan memberikan persetujuan terhadap pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Notis ini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Data Peribadi anda boleh dipindahkan, didedahkan atau diberikan akses kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Pemasaran yang dinyatakan dalam Notis ini. Selain itu, kami boleh melantik syarikat, penyedia perkhidmatan atau individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami, dan oleh yang demikian, kami mungkin memberikan akses kepada atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga yang dirujuk dalam seksyen ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
- rakan niaga dan pengiklan kami, termasuk pihak-pihak yang bekerjasama dengan kami bagi penganjuran majlis, kempen dan aktiviti tertentu;
- syarikat pengurusan majlis dan penaja majlis;
- syarikat penyelidikan pemasaran;
- penyedia perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) bagi infrastruktur, perisian dan kerja-kerja pembangunan, penyedia perkhidmatan pengehosan awan, pemproses pembayaran dan institusi kewangan, penyedia perkhidmatan kurier dan logistik, dan/atau penyedia perkhidmatan sokongan pelanggan;
- penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding;
- entiti lain dalam kumpulan BITAUTO; dan
- pihak berkuasa kerajaan bagi mematuhi keperluan statutori, kawal selia dan keperluan kerajaan.
Data Peribadi anda juga boleh didedahkan berkaitan dengan sesuatu urus niaga korporat, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa percantuman, pengambilan, penstrukturan semula, pelupusan aset, penjualan saham, penyatuan, pemindahan perniagaan atau penggulungan.
Langkah-langkah Keselamatan
Kami komited untuk mengambil langkah-langkah praktikal yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan, dengan memastikan bahawa:
- Data Peribadi anda disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010;
- memerlukan pekerja kami yang mempunyai akses kepada Data Peribadi anda untuk mematuhi obligasi kerahsiaan yang bersesuaian;
- mana-mana pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik untuk memproses mana-mana Data Peribadi anda bagi pihak BITAUTO untuk mematuhi obligasi kerahsiaan, keselamatan dan perlindungan data yang bersesuaian, mengikut terma pengaturan kontrak mereka dengan BITAUTO.
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kelayakan akaun anda, termasuk nama pengguna dan kata laluan anda, dan tidak seharusnya mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga. BITAUTO tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akses tanpa kebenaran yang timbul daripada kegagalan anda untuk melindungi kelayakan tersebut.
Tempoh Penyimpanan
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selama anda kekal sebagai pelanggan berlanggan, pelanggan atau pengguna mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau pengguna aplikasi dan Laman Web. Kami juga akan menyimpan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini, mematuhi keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang terpakai, menyelesaikan pertikaian atau menguatkuasakan hak undang-undang kami.
Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan atau tidak lagi dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memusnahkan, memadamkan secara kekal atau menjadikan Data Peribadi tersebut tidak lagi boleh dikenal pasti (anonymise) dengan selamat menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan dasar penyimpanan rekod dalaman kami.
Hak Anda Berkenaan dengan Data Peribadi Anda
Dalam kebanyakan keadaan, kami perlu memproses Data Peribadi anda bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan BITAUTO serta bagi membolehkan BITAUTO menjalankan operasinya dalam urusan perniagaan biasa. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa sekatan undang-undang yang terpakai, anda boleh melaksanakan hak-hak anda berhubung dengan Data Peribadi anda mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.
Anda boleh pada bila-bila masa menghubungi Pasukan Perlindungan Data Peribadi BITAUTO melalui pos berdaftar atau e-mel seperti yang dinyatakan dalam butiran hubungan kami dalam bahagian terakhir di bawah untuk membuat pertanyaan atau mengemukakan aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda dan anda boleh meminta secara bertulis untuk:
- mengakses Data Peribadi anda;
- menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda oleh BITAUTO;
- mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh BITAUTO;
- meminta pembetulan (termasuk pemadaman) Data Peribadi anda jika data itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan data terkini; dan
- meminta supaya BITAUTO berhenti memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung atau berhenti menghantar komunikasi pemasaran melalui e-mel, telefon, mesej WhatsApp atau mesej SMS.
BITAUTO akan memberikan respons terhadap permintaan mengakses data dan permintaan pembetulan data anda dalam tempoh 21 hari, tertakluk kepada apa-apa lanjutan yang dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk menolak apa-apa permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dalam keadaan tertentu, termasuk:
- di mana kami tidak dapat mengesahkan identiti anda;
- di mana maklumat yang diminta adalah bersifat sulit;
- jika kami menerima permintaan berulang daripada anda dan beban atau perbelanjaan untuk memberikan akses adalah tidak setimpal dengan risiko kepada privasi anda; dan
Kami juga berhak untuk mengenakan fi yang munasabah (jika dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan) untuk memproses apa-apa permintaan mengakses data.
Data Peribadi Kanak-kanak dan Individu Lain
Kami tidak dengan sengaja mengumpul atau memproses Data Peribadi daripada individu yang berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya anda ialah ibu bapa atau penjaga yang sah, sila pastikan bahawa mana-mana kanak-kanak di bawah jagaan anda tidak menyerahkan Data Peribadi kepada kami tanpa persetujuan atau pengawasan anda. Sekiranya Data Peribadi yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak diberikan kepada kami, ibu bapa atau penjaga yang sah yang menyerahkan Data Peribadi tersebut mengesahkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, memberikan persetujuan terhadap pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut menurut Notis ini, serta menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan bertanggungjawab ke atas segala tindakan kanak-kanak tersebut.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan anda). Dalam keadaan sedemikian, anda mengesahkan dan memberi jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan daripada individu tersebut atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang yang terpakai untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami serta membenarkan kami memproses dan menggunakan Data Peribadi tersebut menurut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, permintaan untuk melaksanakan hak anda di bawah Notis ini (termasuk permintaan untuk mengakses, membetulkan dan/atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda), kebimbangan atau aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi Pasukan Perlindungan Data Peribadi kami melalui saluran berikut:
- melalui pos di alamat berikut: Suite 13A.03 of Level 13A, Low Zone, Menara Bank Pembangunan, Plaza Conlay, Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur, Malaysia; atau
- melalui e-mel di malaysia.auto@bitauto.com.

