KUALA LUMPUR, 21 MEI 2026 – GWM Malaysia hari ini memperluaskan barisan SUV lasaknya menerusi pengenalan GWM TANK 300 HEV, yang menggabungkan kehalusan teknologi hibrid dengan keupayaan luar jalan (off-road) yang telah terbukti.

GWM TANK 300 HEV baharu mengekalkan identiti reka bentuk berani, seni bina lasak yang direka khusus serta keupayaan off-road sejati, kini diperkasa dengan kecekapan elektrifikasi untuk pengalaman pemanduan harian yang lebih lancar dan selesa.
Di peringkat global, GWM TANK 300 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV off-road yang diiktiraf di China dengan merangkul gelaran Juara SUV Off-Road dari tahun 2021 hingga 2025. Sejak pelancarannya di Malaysia pada tahun 2024, model ini turut menerima sambutan positif dengan lebih 1,000 pemilik setakat ini serta komuniti peminat yang semakin berkembang.
“Pengenalan GWM TANK 300 HEV mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia. Ia menggabungkan kecekapan hibrid dan keselesaan premium sambil kekal setia kepada keupayaan off-road tulen yang menjadi identiti utama TANK,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia.
Dengan penambahan varian HEV, GWM Malaysia memperkenalkan rangkaian kuasa alternatif yang meningkatkan kebolehgunaan harian, sambil mengekalkan seni bina teras dan keupayaan yang mendefinisikan GWM TANK 300.
SUV Off-Road Sejati, Kini dengan Kehalusan HEV
Dalam pasaran yang menyaksikan banyak SUV direka untuk kelihatan lasak, GWM TANK 300 tampil berbeza kerana direka untuk keupayaan sebenar, bukan sekadar penampilan visual. Dibina berdasarkan casis ladder frame sebenar, ia menawarkan kekuatan, ketahanan dan integriti struktur yang diperlukan untuk mengharungi keadaan off-road yang mencabar.
Walaupun dilengkapi teknologi hibrid, GWM TANK 300 HEV kekal sebagai sebuah TANK sejati, mengekalkan asas mekanikal dan kejuruteraan yang direka khusus, kini dipertingkatkan dengan kecekapan dan kehalusan tambahan untuk pemanduan harian.
Prestasi Berteknologi Elektrifikasi
GWM TANK 300 HEV menggabungkan enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan 245 PS dan 380 Nm dengan motor elektrik yang menyalurkan tambahan 106 PS dan 268 Nm, menghasilkan kuasa sistem gabungan sebanyak 255 kW (346 PS) dan 648 Nm.
Rangkaian kuasa berteknologi elektrifikasi ini menawarkan prestasi yang lebih lancar, senyap dan responsif. Tork segera meningkatkan respons di kawasan bandar, manakala kecekapan yang dipertingkatkan menyokong perjalanan lebih jauh dengan tahap keselesaan dan keyakinan yang lebih tinggi.
Seni Bina Off-Road Sejati
Pada terasnya, GWM TANK 300 HEV mengekalkan asas off-road yang direka khusus, dengan pendekatan kejuruteraan yang memastikan ia kekal sebagai SUV off-road sejati, dibina untuk permukaan sebenar.
Dibina berasaskan casis ladder frame, ia menawarkan kekuatan dan ketahanan untuk prestasi off-road tulen, disokong oleh:
Dibina untuk Permukaan Sebenar
Walaupun menawarkan kehalusan hibrid, GWM TANK 300 HEV kekal dengan identiti sebagai sebuah TANK sejati yang dibina untuk keadaan off-road sebenar, sistem keupayaan komprehensifnya merangkumi:
Secara keseluruhan, sistem-sistem ini memberikan tahap keyakinan yang tinggi merentasi pelbagai jenis permukaan, daripada jalan bandar hinggalah ke persekitaran off-road yang mencabar.
Lasak di Luar, Halus di Dalam
GWM TANK 300 HEV mengekalkan siluet berkotak ikonik serta dominasi kehadiran di jalan raya, menggabungkan reka bentuk lasak dengan perincian premium. Di bahagian dalaman, kabinnya direka dengan teliti untuk mengimbangi elemen pengembaraan dan keselesaan:
Keselamatan & Bantuan Pemandu Termaju
GWM TANK 300 HEV dilengkapi rangkaian menyeluruh sistem keselamatan dan bantuan pemandu bagi memberi keyakinan di jalan raya dan off-road.
Ini termasuk suite ADAS Tahap 2 sepenuhnya yang menampilkan Kawalan Kelajuan Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi dengan Bantuan Persimpangan, Bantuan Mengekalkan & Penjajaran Lorong, Bantuan Penukaran Lorong, Amaran & Brek Lintasan Trafik Belakang, serta sistem kamera 360° dan Kawalan Turun Bukit.
Ciri Pintar (Eksklusif HEV)
Selain prestasi berteknologi elektrifikasi, GWM TANK 300 HEV turut memperkenalkan ciri pintar untuk kemudahan harian, termasuk:
Memperluas Pilihan, Memperkukuh DNA
Dengan pengenalan varian HEV, GWM Malaysia memperkukuh satu falsafah yang jelas: elektrifikasi adalah peluasan pilihan, bukan penggantian. Ini meningkatkan pengalaman pemanduan tanpa mentakrifkannya semula.
GWM TANK 300 ICE kekal sebagai ekspresi paling tulen, mentah, mekanikal dan tidak berkompromi pada terasnya. GWM TANK 300 HEV pula memperkenalkan pengalaman pemanduan yang lebih halus, cekap dan berorientasikan gaya hidup untuk kelompok pemandu yang lebih luas.
Kedua-dua varian berkongsi DNA yang sama tanpa kompromi sebagai SUV off-road pintar sebenar, dibina untuk keupayaan dunia sebenar yang autentik.
Pakej Pelancaran & Jaminan
GWM TANK 300 HEV ditawarkan dengan spesifikasi dan pakej pemilikan menyeluruh untuk memberikan pengalaman pemilikan yang yakin dan memuaskan, sama ada di jalan raya mahupun off-road:
Crystal Black, Pearl White, Sand Beige eksklusif HEV (Baharu)
RM 259,800*
Rebat eksklusif sebanyak RM3,000
(eksklusif untuk pemilik persendirian pertama)
(untuk varian TANK 300 HEV)
(untuk varian TANK 300 HEV)
Kini tersedia di pengedar terpilih GWM di seluruh negara, model ini menjemput pelanggan untuk merasai sendiri keupayaannya secara langsung. Untuk maklumat lanjut, layari www.gwm.com.my atau ikuti platform media sosial GWM Malaysia untuk perkembangan terkini.
*Harga sah di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Langkawi.