BYD Malaysia secara rasmi mengumumkan pelantikan Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom) di bawah Sime Motors yang berpusat di Kulim, Kedah sebagai rakan kerjasama pemasangan tempatan (CKD). Langkah ini menandakan fasa penting dalam komitmen BYD untuk melaksanakan perancangan pemasangan tempatan di Malaysia.

Kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama secara rasmi di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China. MoU tersebut dimeterai oleh Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD dan Dato' Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime; dengan disaksikan oleh Jacob Ma, Pengurus Besar BYD Malaysia serta Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors rantau Asia Tenggara bersama wakil-wakil lain.

BYD menyatakan bahawa pemilihan Inokom dibuat selepas menilai permintaan pasaran tempatan serta kapasiti pengeluaran sedia ada. Berbekalkan pengalaman luas Inokom dalam pemasangan kenderaan, pasukan teknikal yang mahir dan infrastruktur serba lengkap, ia bakal membina asas yang kukuh bagi operasi pengeluaran tempatan BYD.
Pengurus Besar BYD Malaysia, Jacob Ma berkata: “Pemasangan tempatan merupakan komitmen jangka panjang BYD untuk pasaran Malaysia. Kerjasama dengan Sime untuk memasang kenderaan di fasiliti Inokom membolehkan kami memanfaatkan keupayaan pembuatan automotif tempatan yang mantap. Matlamat kami adalah membawakan kepakaran BYD dalam kenderaan tenaga baharu (NEV) serta teknologi bateri lebih dekat ke pasaran Malaysia, di samping menyokong pertumbuhan industri automotif tempatan.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Dato' Jeffri Salim Davidson turut berkata: “Pilihan BYD untuk bekerjasama dengan Sime membuktikan keupayaan dan kualiti sektor pembuatan automotif Malaysia. Selain daripada pemasangan model baharu, kerjasama ini turut menyumbang kepada pengukuhan ekosistem automotif tempatan dan memacu pembangunan rantaian bekalan tempatan.”

Seiring pelaksanaan pelan CKD ini, BYD akan memperkukuh integrasinya dalam industri automotif tempatan. Maklumat lanjut mengenai model kenderaan yang bakal dipasang serta perincian berkaitan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Honda plans to enter the pickup truck segment, and they've signed an MoU with Mitsubishi to use the Triton as the basis of their new truck.
Excited for a Honda-badged pickup? 1 minute ago
Cherry's president and chairman Yin Tongyue has publicly apologised over the recently Chery Omoda 5 axle incident in Malaysia.
#chery 1 minute ago
Now with TWIN TURBO!
Thailand just debuted the updated 2027 Isuzu D-Max, with its 2.2L Ddi MaxForce diesel engine now fitted with TWO turbos, pushing out 204 PS and 500 Nm.
Malaysia bila lagi?
#isuzu #isuzuDMax 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Honda plans to enter the pickup truck segment, and they've signed an MoU with Mitsubishi to use the Triton as the basis of their new truck.
Excited for a Honda-badged pickup? 1 minute ago
Cherry's president and chairman Yin Tongyue has publicly apologised over the recently Chery Omoda 5 axle incident in Malaysia.
#chery 1 minute ago
Now with TWIN TURBO!
Thailand just debuted the updated 2027 Isuzu D-Max, with its 2.2L Ddi MaxForce diesel engine now fitted with TWO turbos, pushing out 204 PS and 500 Nm.
Malaysia bila lagi?
#isuzu #isuzuDMax 1 minute ago