Baru-baru ini, projek kenderaan komersial tenaga baharu Fujian Benz di China telah mengadakan majlis pelancaran pengeluaran di Minhou. Model produksi pertama, Mercedes-Benz VLE secara rasmi telah melengkapkan persiapan dan kini memasuki fasa pengeluaran massa. Fujian Benz turut menjadi fasiliti serba boleh MPV pertama bagi Kumpulan Mercedes-Benz di rantau Asia Pasifik yang menggabungkan R&D, pembuatan pintar dan kecekapan tenaga.


Projek tenaga baharu ini mempunyai jumlah pelaburan keseluruhan melebihi 4 bilion Yuan China (sekitar RM2.48 bilion), keluasan tapak projeknya ialah 112,612 meter persegi.
Kawasan kilang ini menempatkan bengkel kimpalan, bengkel pengasingan, ruang penyimpanan bateri serta fasiliti sokongan. Kawasan kilang memanfaatkan sepenuhnya teknologi pembuatan pintar dan hijau terkini, komited dalam membina kilang tenaga baharu digital yang cekap dan rendah karbon.
Pada masa hadapan, kilang ini bakal menghasilkan dua siri kenderaan komersial tenaga baharu iaitu VLE dan VLS secara berperingkat.


VLE sebelum ini telah didedahkan menerusi dokumen permohonan model baharu di China pada Ogos lalu, mengekalkan rekaan versi pasaran luar negara:
Fascia hadapan: Rekaan tertutup sepenuhnya, dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) corak bintang tiga bucu terbaharu.
Sistem pencahayaan: Menggabungkan jalur lampu LED melintang penuh bersama gril hadapan bercahaya, membawakan sentuhan visual yang cukup futuristik.

Profil sisi menerapkan reka bentuk overhang hadapan pendek (short front overhang) bagi memaksimumkan ruang kabin; cermin depan yang landai berserta garis bumbung sedikit melengkung menghasilkan siluet kemas, sekaligus mengurangkan rintangan angin serta menaikkan imej moden.
Ukuran dimensi model baharu ini mencatatkan 5310mm/2000mm/1922mm (panjang/lebar/tinggi), dengan jarak roda mencecah 3340mm, hadir dalam konfigurasi standard 7 tempat duduk bagi memenuhi keperluan mobiliti korporat mahupun keluarga.
Bahagian belakang dilengkapi spoiler bersaiz besar dan gugusan lampu belakang menegak, dipadankan dengan rekaan bampar ringkas serta pintu tailgate bersaiz besar, menawarkan kapasiti memuatkan kargo yang sangat praktikal.

Berbekalkan saiz fizikal yang besar dan kelebihan ruang bertaraf flagship, model ini dijangka memberi saingan sengit terhadap pasaran MPV mewah tradisional seperti Toyota Alphard sejurus dilancarkan kelak.
Model ini dipacu sepenuhnya oleh kuasa elektrik (EV), ditawarkan dalam pilihan motor elektrik tunggal mahupun dwimotor pacuan semua roda (AWD):
Varian motor tunggal: Output kuasa maksimum mencecah 200kW (272PS).
Varian dwimotor AWD: Motor depan dan belakang masing-masing menjana output maksimum 200kW (272PS) dan 105kW (143PS).
Selain itu, Model ini disokong oleh seni bina voltan tinggi 800V (mempercepatkan tempoh pengecasan), serta dilengkapi sistem bantuan parkir automatik sepenuhnya dan stereng roda belakang (rear-wheel steering) bagi memberikan kelincahan pengendalian yang lebih baik di kawasan bandar mahupun lorong sempit.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Toyota Corolla Deck finally revealed!
Revealed hours ago, this Corolla Cross-based pickup truck is South America-bound and definitely reminds us of the Proton Arena.
Do you want one here?
#toyota #ToyotaCorollaDeck 1 minute ago
Bookings for the 2027 Proton S70 RS are officially open but official prices under wraps for now. How much do you think Proton will price it at?
#proton #protons70 #protons70rs #carnewsmalaysia #sedan 3 hours ago
Great news at the pump! ⛽🎉 Fuel prices are dropping for the second week in a row!
#MalaysiaFuelPrices #FuelPriceDrop #RON95 #RON97 #DieselMalaysia 5 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Toyota Corolla Deck finally revealed!
Revealed hours ago, this Corolla Cross-based pickup truck is South America-bound and definitely reminds us of the Proton Arena.
Do you want one here?
#toyota #ToyotaCorollaDeck 1 minute ago
Bookings for the 2027 Proton S70 RS are officially open but official prices under wraps for now. How much do you think Proton will price it at?
#proton #protons70 #protons70rs #carnewsmalaysia #sedan 3 hours ago
Great news at the pump! ⛽🎉 Fuel prices are dropping for the second week in a row!
#MalaysiaFuelPrices #FuelPriceDrop #RON95 #RON97 #DieselMalaysia 5 hours ago