Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaPerodua QV-E Mula Produksi Massa: 52 Unit Diserah Pada April, Era "EV Rakyat" Bermula!

Perodua QV-E Mula Produksi Massa: 52 Unit Diserah Pada April, Era "EV Rakyat" Bermula!

Kongsi video

Penantian peminat automotif tempatan akhirnya terjawab! Perodua QV-E kini bukan lagi sekadar kereta konsep, tetapi sudah mula ‘mendarat’ di atas jalan raya Malaysia. Berdasarkan data terbaru, sebanyak 52 unit QV-E telah berjaya didaftarkan sepanjang April 2026.

Ini bermakna kilang Perodua Smart Mobility Plant kini sudah memulakan fasa pengeluaran skala besar bagi memenuhi permintaan ribuan rakyat Malaysia yang sedang menunggu.

Bukan Sekadar "Rebadge", Ini Hasil R&D Sendiri!

QV-E merupakan bukti kebangkitan jurutera tempatan. Dengan pelaburan mencecah RM 800 juta, Perodua bekerjasama dengan Magna Steyr untuk membangunkan pelantar (platform) EV ini secara khusus, tanpa bergantung sepenuhnya kepada platform sedia ada Daihatsu.

Spesifikasi Mantap, Harga "Mesra Poket" 

Prestasi: Kuasa 201 Hp menjadikannya model Perodua paling berkuasa dalam sejarah!

Jarak Gerak: 445 km (NEDC) atau sekitar 370-380 km (WLTP) – cukup untuk balik kampung! 

Teknologi: Skrin 10.25 inci dengan Wireless Apple CarPlay/Android Auto dan sistem keselamatan CPD (Child Presence Detection).

Sistem Sewaan Bateri (BaaS): Inovasi Terbaru

Risau pasal bateri rosak atau harga resale value jatuh? Perodua ada solusinya:

Harga Kereta: Sekitar RM 80,000 (tanpa bateri).

Sewa Bateri: RM 275 sebulan. 

Jaminan: Bateri dijamin seumur hidup! Kalau kesihatan bateri bawah 70%, Perodua tukar baru secara percuma.

Sasaran Produksi: 

Perodua mensasarkan pengeluaran ditingkatkan kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga (Q3) 2026. Adakah anda salah seorang pemilik bertuah 52 unit pertama ini? Jom kongsi pendapat korang di ruangan komen! 

Follow Facebook

BitAuto.my 139.2K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

139.2K followers + Follow
Bookings are now opened for the upcoming 2027 GWM Ora 5 HEV! RM 115k estimated? That's quite a deal, don't you think? 1 minute ago This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000. What are you waiting for? #volvo 1 minute ago We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 3 days ago
Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan