BYD Malaysia secara rasmi memperkenalkan pilihan warna luaran baharu, Sage Green, untuk model BYD Seal 6 (sedan elektrik yang dilancarkan September lalu). Warna yang diinspirasikan daripada alam semula jadi ini mencerminkan misi "Cool the Earth by 1°C" oleh BYD dalam mempromosikan mobiliti hijau.
Di Malaysia, BYD Seal 6 ditawarkan dalam dua varian dengan harga atas jalan (tanpa insurans) seperti berikut:
Seal 6 Dynamic: RM 100,000
Seal 6 Premium: RM 115,800
Warna Sage Green ini menyertai tiga pilihan warna sedia ada iaitu Arctic White, Harbour Grey, dan Misty Blue.

Dengan ukuran panjang 4,720mm dan jarak roda 2,820mm, Seal 6 dikategorikan sebagai sedan Segmen-C. Walaupun ia sedikit lebih pendek berbanding BYD Seal "Performance", rekaannya yang lebih tinggi memberikan ruang kabin yang selesa. Ia merupakan pesaing sengit buat peminat sedan di Malaysia yang ingin beralih dari kereta petrol kepada EV.
Kedua-dua varian dilengkapi dengan Bateri Blade LFP 56.64 kWh yang menawarkan jarak gerak 410km (WLTP).
Dynamic: Menghasilkan 129 PS / 220 Nm.
Premium: Menghasilkan 218 PS / 330 Nm.
Untuk pengecasan, ia menyokong DC 100 kW (30-80% dalam 23 minit) dan fungsi V2L 3.7 kW yang membolehkan anda menggunakan peralatan elektrik luar menggunakan kuasa bateri kereta.
Satu kelebihan besar buat pengguna tempatan ialah sistem pesanan suara (voice command) yang menyokong bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, dan Kantonis. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin berputar ikonik BYD dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Seal 6 tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Ia dilengkapi dengan 6 beg udara serta sistem bantuan pemanduan ADAS yang lengkap, termasuk Brek Kecemasan Autonomo (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), dan kamera 360-darjah.