Bahasa Melayu
UtamaBeritaDato’ Sri Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV di Malaysia

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV di Malaysia

Mar 6, 2026
Kongsi video

GWM Malaysia hari ini secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, menandakan satu peristiwa yang bersejarah untuk jenama New Energy di Malaysia.

Majlis penyerahan ini berlangsung di GWM USJ, selepas acara perasmiannya yang telah diadakan di MITEC pada bulan Januari baru-baru ini. Di majlis keraian tersebut, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga telah diumumkan sebagai duta rasmi jenama WEY G9 sekali gus meletakkan kedudukan MPV pintar ini sebagai kenderaan yang sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga dan urusan profesional.

Encik Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia berkata, penyerahan ini membuktikan keyakinan GWM terhadap pasaran di Malaysia. “Kami berasa sungguh berbesar hati untuk menyerahkan WEY G9 Hi4 PHEV kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai pemilik pertama dan duta jenama ini. Sikap profesional, penampilannya yang anggun dan keistimewaan beliau yang berjaya menambat hati peminat dari pelbagai generasi menepati kesemua aspek yang diingini oleh WEY G9 Hi4 PHEV sebagai MPV New Energy baharu yang premium. Dengan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, rekaan yang sofistikated dan teknologi pintarnya, WEY G9 Hi4 PHEV dicipta untuk pemandu yang pakar dalam menilai prestasi, menitikberatkan kecanggihan reka bentuk dan berkeyakinan dalam setiap perjalanan.”

Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut berkongsi kegembiraan beliau semasa menerima WEY G9 yang disifatkan sebagai detik yang begitu bermakna dan bernilai dalam kehidupannya. “WEY G9 Hi4 PHEV terasa begitu sempurna dalam melengkapkan kehidupan harian saya. Keselesaan, ruangnya yang luas, dan reka bentuk dalamannya menjadikan setiap perjalanan lebih tenang dan menyeronokkan. Sama ada saya menggunakannya untuk keluar bekerja, menghadiri mesyuarat, atau meluangkan masa bersama keluarga tersayang, setiap perjalanan dirasakan berjalan dengan lancar, damai, dan meyakinkan. Inilah maksud sebenar keseimbangan dan kemudahan yang amat saya hargai.”

Sebagai sebuah kenderaan mewah MPV dengan kuasa elektrik hibrid (plug-in), WEY G9 Hi4 PHEV direka untuk memberikan prestasi yang mantap, keselesaan yang dipertingkatkan, dan kecekapan bertaraf dunia. Sistem pintar hibrid Hi4, dengan gabungan tiga ruang barisan beserta ciri-ciri premiumnya, menjadikannya paling sesuai untuk kegunaan keluarga moden dan golongan profesional yang inginkan fleksibiliti tanpa kompromi.

Sejak ia dilancarkan, WEY G9 Hi4 PHEV telah menerima lebih 800 tempahan dalam minggu pertamanya, menunjukkan permintaan yang tinggi di kalangan pengguna di Malaysia, di samping pasarannya yang berdaya saing dan harga yang sungguh menarik iaitu, RM269,800.
 
Dengan gabungan prestasi sistem hibrid pintar, keselesaan hakiki, keselamatan yang komprehensif, rekaan ciri-ciri kemudahan yang dibina dengan teliti, GWM WEY G9 Hi4 PHEV terus cemerlang dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras baharu untuk rangkaian MPV mewah di Malaysia.

Model Kereta Berkaitan

Berita Terkini

Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan