Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaRakyat UK Pun Dah ‘Lentok’? Jaecoo J7 Jadi Kereta Paling Laris di Britain Mac Lalu!

Rakyat UK Pun Dah ‘Lentok’? Jaecoo J7 Jadi Kereta Paling Laris di Britain Mac Lalu!

Kongsi video

Siapa sangka, di pasaran yang cukup cerewet dan penuh tradisi seperti United Kingdom, takhta kereta paling laris bagi bulan Mac bukan milik Ford atau Nissan, tetapi milik jenama baru dari China—Jaecoo J7.

Sejarah Tercipta di Bumi Britain 

Memetik laporan Autocar, Jaecoo J7 (dikenali sebagai Jaecoo 7 di sana) berjaya mencatatkan jualan sebanyak 10,064 unit pada bulan Mac. Angka ini memintas jaguh tempatan seperti Ford Puma (9,193 unit) dan Kia Sportage (7,310 unit). Ini adalah kali pertama dalam sejarah sebuah kereta buatan China menduduki tangga teratas carta jualan di UK!

Apa yang lebih mengagumkan:

Prestasi Setahun: Jaecoo baru saja memasuki pasaran UK pada Januari 2025. Dalam tempoh setahun, ia sudah melonjak ke tangga kedua jualan terkumpul tahunan (YTD) dengan 15,569 unit.

Gaya "Range Rover": Dengan rupa paras yang mirip Range Rover tapi pada harga jauh lebih mampu milik, tak peliklah kalau Mat Salleh pun sanggup beratur nak beli.

Macam mana pula dengan Malaysia? 

Walaupun "meletup" di UK, prestasi J7 di tanah air kita agak sederhana. Di Malaysia, SUV ini berada di kedudukan ke-19 bagi bulan Mac dan ke-20 secara keseluruhan tahun ini. Walaupun kita ada kelebihan pemasangan tempatan (CKD) dan harga bermula RM138k, nampaknya pemandu Malaysia masih lagi setia dengan jenama "abang long" sedia ada.

Adakah fenomena di UK ini akan berjangkit ke Malaysia tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.

 

Follow Facebook

BitAuto.my 149.1K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

149.1K followers + Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 2 hours ago For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 6 hours ago Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 6 hours ago
Semua Jenama
Kereta Popular
Kembali ke Atas
Balasan