Bahasa Melayu
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaMINI 1965 Victory Edition Dilancarkan di Malaysia – Berasaskan JCW E, Penghormatan Lagenda Rali; Harga Bermula RM231k!

MINI 1965 Victory Edition Dilancarkan di Malaysia – Berasaskan JCW E, Penghormatan Lagenda Rali; Harga Bermula RM231k!

Apr 10, 2026
Kongsi video

MINI Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan edisi khas terbaru, MINI 1965 Victory Edition. Model ini dibina khusus bagi meraikan sejarah gemilang MINI dalam sukan permotoran, terutamanya kemenangan ikonik Mini Cooper S dalam Rali Monte Carlo 1965 yang dipandu oleh Timo Mäkinen.

Spesifikasi Kuasa 

Walaupun tampil dengan gaya retro, model ini menggunakan platform moden MINI John Cooper Works E (J01):

Output: Motor elektrik tunggal menghasilkan 258 PS (190 kW) dan tork 350 Nm.

Prestasi: Pecutan 0-100 km/j hanya dalam 5.9 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Jarak Gerak: Bateri 54.2 kWh memberikan jarak pemanduan sehingga 371 km (WLTP).

Pengecasan: Sokongan 11 kW AC dan pengecasan pantas 95 kW DC (10-80% dalam 30 minit).

Sentuhan Eksklusif Luaran

Warna Chili Red: Padanan warna merah rali dengan jalur putih (racing stripes) dari bonet hingga ke belakang.

Nombor Bertuah ‘52’: Grafik nombor 52 pada pintu sisi, simbolik kepada kereta juara rali tahun 1965.

Rim Khas: Rim 18-inci JCW Mastery Spoke berwarna hitam. 

Pelekat C-Pillar: Tulisan ‘1965’ yang eksklusif pada tiang belakang kereta.

Ruang Kabin & Perincian

Door Sills: Menampilkan ukiran memperingati kemenangan bersejarah tersebut.

Kemasan Dalaman: Logo ‘1965’ boleh didapati pada stereng dan kotak simpanan konsol tengah.

Kunci Khas: Alat kawalan jauh (key fob) unik dengan nombor perlumbaan #52.

Harga Jualan 

Di Malaysia, MINI 1965 Victory Edition ditawarkan pada harga atas jalan RM230,888 (tanpa insurans). Jika anda menambah pakej MINI Service and Repair Inclusive (MSRI), harganya menjadi RM237,188 (termasuk waranti dan pakej servis 4 tahun). Ini merupakan tambahan RM12,000 berbanding model standard JCW E.

 

Berita Terkini

Semua Jenama
Kereta Popular
Kembali ke Atas
Balasan