Peminat Nissan di Malaysia, tumpukan perhatian kepada Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2026 yang akan bermula pada 24 April ini. Nissan tampil gah dengan memperkenalkan dua model konsep SUV tenaga baharu (NEV) untuk penampilan sulung global, serta mempertaruhkan SUV flagship 5-tempat duduk terbaharu, Nissan NX8.

Walaupun sekadar gambar acah, dua model konsep ini bakal menentukan hala tuju Nissan:
SUV Rugged Off-road: Mempunyai rekaan kotak yang tegap, model ini dijangka mempamerkan kehebatan teknologi kawalan semua roda elektrik e-4ORCE.
SUV Urban Premium: Menampilkan rekaan lampu futuristik Nissan yang terkini, ia memfokuskan kepada mobiliti pintar dan gaya hidup bandar yang mewah.
Bintang utama di ruang pameran pastinya Nissan NX8. Jangan keliru dengan namanya; ini adalah SUV besar dengan jarak roda 2,917mm! Dibangunkan di atas platform 800V, versi EV menyokong pengecasan pantas 5C, manakala versi EREV menawarkan jarak gerak sehingga 1,450km. Ruang kabinnya pula dilengkapi AI Sofa 2.0, peti sejuk mini, dan skrin gergasi 15.6 inci.

Turut dipamerkan adalah jentera lumba Formula E Gen3 EVO yang mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 1.86 saat sahaja. Teknologi litar lumba ini adalah tunjang kepada pembangunan sistem e-Power yang kita gunakan pada kereta harian.

Strategi Nissan adalah "In China, for China, and for the World." Kata kuncinya ialah "Global." Ini bermakna model-model canggih ini berpotensi besar untuk dipasarkan ke luar negara. Bagi pengedar Nissan di Malaysia, kehadiran SUV berteknologi tinggi ini pastinya menjadi tumpuan untuk perancangan produk masa hadapan di tanah air.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago