Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Makoto Uchida, secara rasmi mengesahkan bahawa generasi seterusnya GT-R dengan kod nama R36 kini sedang dalam fasa pembangunan. Walaupun "Godzilla" bakal menerima sentuhan elektrifikasi, berita terbaru ini pastinya melegakan peminat tegar JDM.

Ketua Strategi Produk Global Nissan, Richard Candler, menegaskan bahawa teknologi elektrik sepenuhnya (BEV) tidak dipertimbangkan buat masa ini. Menurut beliau, teknologi bateri semasa masih belum mampu memenuhi piawaian tinggi GT-R, terutamanya untuk prestasi ekstrem dan ketahanan di dalam litar.
Bagi mengimbangi undang-undang emisi yang semakin ketat tanpa mengorbankan keseronokan memandu, penggunaan sistem Hybrid adalah jalan terbaik untuk R36. Ini bermakna "Godzilla" akan mengekalkan deruman enjin pembakaran dalaman (ICE) yang ikonik, dibantu oleh motor elektrik untuk tork yang lebih padu. Malah, ada ura-ura mengatakan enjin lagenda VR38 V6 Twin-Turbo mungkin dikekalkan.

Jentera berprestasi tinggi yang membawa legasi selama 60 tahun ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi sebelum tahun 2030. Nissan nampaknya sudah bersedia untuk memastikan legenda GT-R terus hidup dengan "perisai elektrik" yang lebih moden.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago