GWM secara rasmi melancarkan model flagship paling berkuasa mereka, Tank 700, untuk pasaran China. Sebanyak tiga varian ditawarkan dengan harga bermula dari CNY 428,000 sehingga 508,000 (anggaran RM283,280 ke RM336,220).
Selain rekaan "Mecha-Tech" yang lebih garang, model ini turut memperkenalkan sistem hibrid Hi4-Z yang memfokuskan kepada jarak gerak elektrik yang lebih jauh.

Wajah Baharu: Gril hadapan corak sarang lebah dengan bumper "sporty" serta front lip spoiler. Terdapat juga corong udara eksklusif pada bonet hadapan.

Teknologi LiDAR: Di bahagian bumbung, kini dilengkapi sensor LiDAR untuk sistem pemanduan semi-autonomi yang lebih canggih.

Saiz Gergasi: Dengan panjang 5105mm dan jarak roda 3000mm, Tank 700 tampil sangat dominan di jalan raya, lengkap dengan rim hitam (20/21 inci).

Kabin Digital: Skrin instrumen penuh dan skrin tengah terapung, namun tetap mengekalkan butang fizikal untuk memudahkan kawalan ketika off-road.

Skrin Siling: Keunikan utama varian baharu ini adalah skrin hiburan di siling belakang, serta tempat duduk belakang yang boleh dilaraskan secara elektrik untuk keselesaan maksima.


Dua pilihan sistem Plug-in Hybrid (PHEV) ditawarkan:
Sistem Hi4-Z: Enjin 2.0T dengan bateri gergasi 59.05kWh. Jarak gerak elektrik sahaja (WLTC) mencecah 190km, manakala jarak keseluruhan adalah 1,191km.
Sistem Hi4-T: Enjin 3.0T V6 dengan output 385kW dan tork 800Nm – memang padu untuk kaki masuk hutan atau mendaki bukit.

Melihat kepada momentum GWM Malaysia sekarang, tidak mustahil Tank 700 akan dibawa masuk sebagai unit CBU pada masa hadapan. Jika dijual pada harga RM400k–RM500k, ia bakal menjadi pesaing sengit kepada model seperti Mercedes-Benz G-Class atau Land Rover Defender.
Korang rasa macam mana? Kalau harganya sekitar RM450k di Malaysia, korang sanggup "angkat" satu tak? Jom komen di bawah!