Bahasa Melayu
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBerita10,000 Tempahan Sebelum Sampai Showroom! Toyota RAV4 2026 "Tapau" Pasaran Australia, Tak Gentar Saingan Jenama China

10,000 Tempahan Sebelum Sampai Showroom! Toyota RAV4 2026 "Tapau" Pasaran Australia, Tak Gentar Saingan Jenama China

Apr 21, 2026
Kongsi video

Walaupun di pasaran Malaysia, Toyota RAV4 pernah dilihat agak "kayangan" disebabkan status CBU (import sepenuhnya), namun di Australia, ia merupakan "kereta rakyat" yang sangat berbisa.

Menurut laporan portal CarExpert, Toyota RAV4 generasi keenam (2026) telah pun mengumpul lebih 10,000 tempahan di Australia walaupun unit fizikalnya belum pun mendarat sepenuhnya di bilik pameran.

Kenapa RAV4 laku keras di Australia?

Pada tahun 2025, RAV4 dinobatkan sebagai SUV nombor satu di Australia dengan jualan sebanyak 51,947 unit—hanya tewas kepada "Raja Pikap" Ford Ranger dalam carta keseluruhan.

Fakta menarik: 99.9% daripada RAV4 yang terjual adalah varian Hybrid (HEV). Ini bermakna bagi rakyat Australia, RAV4 adalah simbol teknologi hibrid. Walaupun harga dijangka naik, Toyota yakin dapat menjual lebih 40,000 unit pada tahun 2026.

Menghadapi "Serangan" Jenama China

Sejak kebelakangan ini, jenama seperti BYD, GWM, dan MG semakin agresif dengan model elektrik mampu milik. Ketiga-tiga jenama ini berjaya memecah masuk kelompok Top 10 jenama paling laku di Australia tahun lepas.

Mengulas mengenai "perang harga" ini, Naib Presiden Jualan Toyota Australia, John Pappas berkata: “Kami tidak boleh kawal apa yang pesaing buat. Fokus kami adalah memastikan RAV4 kekal terbaik.” Keyakinan ini nampaknya berbalas dengan ribuan tempahan yang diterima.

Apa yang menarik pada RAV4 2026?

Generasi keenam ini dibina atas platform TNGA-K dan kini tiada lagi pilihan enjin petrol biasa, sebaliknya fokus sepenuhnya kepada nadi hibrid:

Sistem Hibrid Generasi Ke-5: Nadi 2.5L NA dengan motor elektrik menghasilkan sekitar 200 PS. Lebih berkuasa dan lebih jimat minyak.

Varian PHEV: Ini paling "ganas"! Output mencecah 329 PS, pecutan 0-100 km/j hanya sekitar 5.4 saat. Bateri 22.7 kWh membolehkan pemanduan elektrik sejauh 80 km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC.

Interior Moden: Tiada lagi skrin "TV kotak", kini digantikan dengan paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin tengah 12.9-inci. Ia juga dilengkapi Toyota Safety Sense 4.0.

Bila masuk Malaysia?

Di Malaysia, status RAV4 agak rumit. Disebabkan status CBU sebelum ini, harganya terhimpit antara Corolla Cross dan Harrier.

Namun, dengan kehadiran model generasi ke-6 di Thailand dan Australia, mungkinkah UMW Toyota akan membawa masuk semula model ini, mungkin dalam versi PHEV? Jika ia masuk sebagai unit CBU dengan 329 PS, adakah anda sanggup "pecah tabung"?

 

Berita Terkini

Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan