Bila sebut pasal "Kereta Nasional" Indonesia, nama pertama yang korang fikir mesti Toyota Avanza. Tapi, pasaran kereta Indonesia baru saja dilanda "gempa bumi" pada Mac 2026: Jaecoo J5 BEV secara rasmi menjadi juara jualan kereta paling laku di sana! Ini bukan setakat kemenangan kereta elektrik China, tapi kali pertama sebuah B-SUV elektrik berjaya "tapau" kereta petrol dalam carta jualan jiran kita.
Untuk bakal pemilik di Malaysia yang baru saja sambut Jaecoo J5 (RM 108,000) versi petrol Mac lepas, mesti rasa ralat sikit kan? Kenapa Indo dapat versi elektrik, tapi kita dapat 1.5T turbo je?

Ikut data Gaikindo, J5 BEV catat jualan 2,959 unit pada bulan Mac saja. Ini bukan "luck", sebab jualan keseluruhan suku pertama (Q1) 2026 dah cecah 7,643 unit. Kat Malaysia, walaupun J5 petrol ada promo "early bird" RM 8,000 (siap dapat mic karaoke & rebat insurans), nampaknya Indonesia lebih drastik dalam mempromosikan EV.

Walaupun kedua-duanya CKD (pemasangan tempatan), tapi "nadi" dia memang beza jauh:
Spek Indo (BEV): Bateri 60.9 kWh, output 210 PS / 288 Nm, jarak gerak NEDC 461 km.
Spek M’sia (ICE): Enjin 1.5L 4-silinder Turbo + CVT, output 147 PS / 210 Nm.
Ikut data atas kertas, kuasa BEV ni memang "tapau" habis versi petrol. Lagi satu, versi BEV ada "frunk" (but depan) 35 liter—memang berguna sangat untuk anak muda Malaysia yang kaki camping atau selalu lepak Mamak.

Benda paling "sakit hati" buat peminat kereta tempatan mungkin harganya. Kat Indonesia, J5 BEV dijual sekitar RM 65k ke RM 72k kalau tukar ke duit kita. Tapi kena faham, kerajaan Indo bagi insentif cukai EV yang tinggi. Kat Malaysia, harga J5 petrol RM 108k tu pun dah kira cukup "fight" nak lawan Proton X50 dan Honda HR-V. Kalau OJM bawa masuk versi BEV nanti dengan pengecualian cukai EV kita, harga mungkin main sekitar RM 110k–120k, memang "head-on" dengan BYD Atto 3!

Dengar cerita, Omoda Jaecoo Malaysia (OJM) tak tolak kemungkinan nak bawa masuk J5 BEV. Memandangkan Indonesia dan Thailand (kat sana panggil Jaecoo 7 SHS/BEV) dah mula jual, dan Malaysia pula hub penting Chery, rasanya tunggu masa saja versi BEV ni masuk sini.