Denza telah mengumumkan pelancaran rasmi Denza D9 generasi kedua yang sangat dinantikan. Model baharu ini hadir dengan 6 varian (merangkumi versi PHEV dan EV), dengan harga rasmi antara RMB 359,800 hingga 459,800 (sekitar RM 208,400 – RM 266,400).
Sebagai model pengganti sepenuhnya, ia bukan sahaja menerima Bateri Blade Generasi Kedua terbaru daripada BYD, malah mencapai penanda aras baharu dalam sistem pemanduan pintar dan kecekapan pengecasan.

D9 generasi kedua mengekalkan bahasa reka bentuk "π-Motion" yang ikonik namun dengan perincian lebih halus. Gril hadapan baharu menampilkan lebih banyak kemasan krom bagi memberikan kesan visual 3D yang lebih menyerlah, menggabungkan gaya MPV mewah dengan sentuhan teknologi moden.
Dimensi kenderaan kekal pada 5250 / 1960 / 1900 mm dengan jarak roda 3110 mm, memastikan ruang kepala yang luas untuk penumpang ketiga-tiga baris.




Tumpuan utama model ini adalah teknologi bateri dan pengecasannya:
Pengecasan Pantas Ekstrem: Data rasmi menunjukkan pengecasan dari 10% ke 70% hanya mengambil masa 5 minit, satu rekod baharu bagi kategori MPV.
Jarak Gerak Luar Biasa:
PHEV (DM-i): Jarak gerak elektrik sepenuhnya melebihi 401km (CLTC).
EV: Dilengkapi bateri 115kWh dengan jarak gerak maksimum sehingga 800km (CLTC).
Ruang kabin mengekalkan susun atur "T-shape" dengan peningkatan pada aspek kemewahan. Kerusi baris kedua kekal bertaraf "First Class" dengan kerusi jenis aviation, meja lipat, dan sistem hiburan berbilang skrin.
D9 generasi kedua dilengkapi sistem bantuan pemanduan pintar God’s Eye 5.0 secara standard. Dengan 3 sensor LiDAR dan 12 kamera, ia menyokong bantuan parkir automatik sepenuhnya, bantuan navigasi NOA (Lebuhraya/Bandar), serta brek kecemasan AEB sehingga 120km/j.

Varian PHEV menggabungkan enjin 1.5T (115kW) dengan dwi-motor (Depan: 200kW, Belakang: 45kW). Varian EV pula ditawarkan dalam pilihan motor tunggal atau dwi-motor AWD.

Sebagai pencabar sengit kepada Alphard/Vellfire di pasaran Malaysia, pelancaran Denza D9 generasi kedua menandakan bermulanya "Era Pengecasan Kilat" bagi MPV tenaga baharu China. Penghantaran dijangka bermula pertengahan Mei. Memandangkan Denza kini giat menerokai pasaran Asia Tenggara, MPV mewah dengan "cas 5 minit" ini dijangka akan menemui peminat di Malaysia tidak lama lagi.