Chery Group secara rasmi memperkenalkan ahli terbaharu dalam keluarga TIGGO, iaitu Chery TIGGO V, di Auto China 2026. Dibangunkan berasaskan konsep 'scenario-driven', TIGGO V merupakan SUV keluarga pelbagai fungsi pertama yang boleh "berubah bentuk" mengikut keperluan pengguna.
Menurut Jeff Zhang, CEO Chery, huruf ‘V’ pada model ini membawa maksud Versatility (Kepelbagaian), Value (Nilai), dan Victory (Kejayaan). Ia menggabungkan kestabilan SUV, keselesaan MPV, dan praktikaliti sebuah trak pikap.

TIGGO V direka untuk memenuhi pelbagai senario pemanduan:
Mod SUV (Reka Bentuk & Keselamatan): Tampil dengan bahasa reka bentuk berinspirasikan Harimau, gril berbentuk V, dan lampu depan LED. Aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan struktur badan 76% keluli berkekuatan tinggi serta sistem ADAS lengkap termasuk FCW, AEB, dan Bantuan Parkir Kawalan Jauh (RPA).

Mod MPV (Ruang & Keselesaan): Dengan jarak roda 2,800 mm, ia menawarkan konfigurasi 7-tempat duduk. Menariknya, ia mempunyai "mod katil" untuk berehat, 42 ruang penyimpanan barang, serta sistem penapisan udara gred N95 untuk keselesaan semua penumpang di ketiga-tiga baris.

Mod PUP (Utiliti Pikap): Struktur belakang yang boleh dibuka dengan cepat membolehkan TIGGO V membawa barangan besar atau peralatan perkhemahan, menjadikannya sangat fleksibel untuk aktiviti riadah.

TIGGO V dikuasakan oleh Sistem Super Hybrid generasi ke-6 Chery. Varian PHEV mencatatkan penggunaan bahan api serendah 6L/100 km, manakala versi petrol (ICE) mencatatkan 7.84L/100 km. Dengan jarak kelegaan tanah 220 mm, kenderaan ini sangat sesuai untuk menghadapi keadaan jalan raya yang tidak rata atau situasi banjir kilat.

Memandangkan jenama Chery semakin popular di Malaysia, TIGGO V dilihat sebagai calon yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan yang mengutamakan kenderaan keluarga yang luas, jimat minyak, dan serba boleh.