Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaCar of the Year Malaysia 2026? Omoda 4 Hybrid Kini Dalam Perancangan Masuk Malaysia!

Car of the Year Malaysia 2026? Omoda 4 Hybrid Kini Dalam Perancangan Masuk Malaysia!

Kongsi video

Gais, kalau ada niat nak tukar kereta baru tu, rileks jap! Ada berita panas tengah bertiup kencang: Omoda 4 Hybrid dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk mendarat di pasaran Malaysia!

Walaupun belum ada tarikh rasmi, tapi tengok gaya Chery yang tengah "agresif" gila kat Malaysia sekarang, SUV segmen-B ni memang ada potensi besar jadi "member baru" kita kat jalan raya nanti.

Sekali imbas, korang mesti ingat ni kereta konsep dalam filem sains fiksyen. Omoda 4 kali ni bawa tema "Cyber Mecha"—rekaannya lebih sado, lebih "garang," dan lebih mantap berbanding Omoda 5 yang kita biasa tengok.

Kenapa Kena Tunggu?

"Enjin Jimat Minyak": Sistem Hybrid SHS-H 

Kalau betul spekulasi ni, Omoda 4 versi Malaysia mungkin akan pakai sistem SHS-H (Super Hybrid System) terbaru. Ikut spec kat China, sistem ni boleh hantar 204PS dan 310Nm tork! Paling syok, korang dapat feel pikap ala kereta elektrik tapi tak payah pening cari port charging setiap hari.

Chip Snapdragon: Skrin Takde "Lag"

Kat dalam pulak, dengar cerita ada skrin 2.5K high-res dan dikuasakan oleh chip Snapdragon. Kat Malaysia yang selalu jem ni, kalau dapat skrin yang lagi smooth dari phone sendiri, memang tak streslah duduk dalam kereta lama-lama.

"Mobile Playground" Untuk Orang Muda

Chery memang nak tarik jiwa muda. Kereta ni dijangka ada mode E-sports, Karaoke, siap ada mode Camping lagi. Kalau betul-betul masuk Malaysia dengan spec ni, memang Chery faham sangatlah dengan gaya hidup "lifestyle" zaman sekarang.

Siapa Lawan Dia?

Bila masuk Malaysia nanti, sasaran utama Omoda 4 mestilah Proton X50 dan Honda HR-V Hybrid.

Pandangan Editor

Walaupun statusnya masih "dalam perancangan," tapi memandangkan jualan Chery yang meletup tahun lepas, Omoda 4 ni kemungkinan besar akan dipasang secara tempatan (CKD). Kalau harga dia "ngam," memang sah-sah calon kuat "Car of the Year 2026"!

Follow Facebook

BitAuto.my 139.3K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

139.3K followers + Follow
Bookings are now opened for the upcoming 2027 GWM Ora 5 HEV! RM 115k estimated? That's quite a deal, don't you think? 1 minute ago This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000. What are you waiting for? #volvo 10 minutes ago We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 3 days ago
Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan