Geng kereta Utara, korang perasan tak berita Beijing Auto Show baru-baru ni? Kalau dulu rasa macam jauh sangat, sekarang ada berita baik! GWM Malaysia secara rasmi membawa momentum "Dari Beijing ke Penang" terus ke Penang Autoshow 2026.
Kali ni GWM memang tak main-main, mereka jadikan Booth A04 sebagai pentas teknologi "All Powertrain, All Scenario". Lagipun, ini kali pertama MARii bawa platform flagship mereka ke wilayah Utara. Tak payah susah-susah nak 'jam' ke KL, tengok puas-puas dekat PWCC, Penang je!

Bintang utama di booth kali ni sudah pastinya GWM TANK 300 HEV. SUV gaya "kotak" yang viral satu Malaysia ni akhirnya buat kemunculan pertama di Utara dalam versi hibrid! Bukan je nampak kacak dan retro, tapi sistem HEV ni memang mesra poket. Selain TANK 300, ada lagi jentera "heavyweight" lain:
WEY G9: Nak MPV mewah, pintar, dan jimat minyak? MPV hibrid flagship ni memang 'ngam' untuk semua senario perjalanan—bos-bos wajib tengok!
HAVAL H6 HEV: Power, luas, dan jimat. SUV pilihan utama untuk famili Malaysia yang nak nilai berbaloi.
ORA Good Cat / GT: "Kucing" elektrik paling 'stylo' atas jalan. Sesiapa yang belum tengok depan-depan kecantikan 360 darjah kereta ni, jemput datang!

COO GWM Malaysia, Roslan Abdullah, berkata pasaran Penang dan Utara kini lebih mencari kenderaan pelbagai guna mengikut gaya hidup masing-masing. Sebab tu booth kali ni bukan sekadar pameran kosong, tapi penuh dengan aktiviti interaktif:
Cabaran “Pack & Go”: Aktiviti santai uji ruang kargo—satu famili boleh main dan berpeluang menang barangan eksklusif GWM.
Sesi Pandu Uji: Ada musykil pasal HEV atau BEV? Naik dan tekan minyak sendiri. Rasa sendiri prestasi kereta baru puas hati, dari sekadar baca spec!
Ganjaran Eksklusif: Siapa yang tempah kereta dekat sini bakal dapat ganjaran tempahan eksklusif Autoshow!

Kalau korang perasan berita Beijing Auto Show baru-baru ni, mesti pernah dengar pasal konsep “GWM ONE” yang diperkenalkan Presiden GWM, Mu Feng. Senang cerita, ini adalah arkitektur modular hebat yang boleh masuk semua jenis enjin—sama ada petrol, hibrid, PHEV, atau elektrik.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menegaskan barisan jentera di Penang ini adalah bukti kekuatan teknologi global GWM. Untuk ketenangan minda korang di Utara, GWM dah pun ada 4 bilik pameran dan 3 pusat servis di wilayah ini. Lepas jualan memang 'steady'!

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026 (Jumaat – Ahad)
Lokasi: Penang Waterfront Convention Centre (PWCC)
No. Booth: A04
Masa: 10:00 AM – 10:00 PM
Sempena cuti Hari Pekerja ni, jom ajak kawan-kawan dan famili ke PWCC. Tak kira korang memang nak cari kereta baru atau sekadar "kaki kereta" nak cuci mata, booth GWM ni memang destinasi wajib!