Bahasa Melayu
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaGWM Tank 300 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan: Lagi Power, Lagi Canggih!

GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan: Lagi Power, Lagi Canggih!

Apr 30, 2026
Kongsi video

Peminat tegar off-road, ni ada berita baik! GWM Malaysia secara rasmi telah membuka tempahan untuk Tank 300 Hybrid (HEV). Lepas tambah sistem hibrid, SUV "kotak" ni jadi lagi garang berbanding versi petrol biasa.

Apa yang menarik?

Prestasi Padu: Enjin 2.0T Hybrid ni hasilkan output gabungan 347 PS / 648 Nm (naik 127 PS / 268 Nm berbanding petrol!). Kotak gear pun dah upgrade ke 9HAT.

Teknologi Baru: Ada fungsi Auto Parking dan Sokongan App. Cuaca panas kat Malaysia ni, korang boleh start air-con siap-siap pakai phone sebelum masuk kereta. Memang cun!

Kaki Off-Road: Tank Turn, Crawl Control, dan diff-lock depan/belakang semua ada. Keupayaan meredah air tetap mantap pada 700mm. 

Warna Eksklusif: Versi HEV ni je yang ada warna Sand Beige, siap dengan rim hitam 17-inci dan tayar All-Terrain (AT).

Harga Berapa? 

Harga rasmi belum ada lagi. Memandangkan versi petrol berharga RM250k dan abangnya Tank 500 berharga RM329k, jangkaan harga HEV ni mestilah di antara kedua-duanya.

Kesimpulan: Enjin lagi power dan boleh buka air-con guna phone—kalau bajet lebih, baik angkat HEV. Nak tengok depan mata? Pergi serbu Penang Autoshow 2026 sekarang!

Berita Terkini

Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan