Adakah tanggapan anda terhadap Dreame masih lagi sekadar vakum dan robot mop? Jika ya, anda sudah ketinggalan! Baru-baru ini, video tular Nebula NEXT 01X — SUV pertama di bawah "Starry Project" Dreame — telah tersebar di internet dan menjadi bualan hangat peminat automotif.
Kereta ini pernah muncul sebagai model konsep di AWE 2026 Mac lalu, dan kemunculan versi produksi ini menandakan pelancarannya sudah semakin hampir.

Melalui video yang bocor, Nebula NEXT 01X versi produksi ini mengekalkan banyak elemen futuristik daripada model konsep:
Rekaan Depan: Lampu L-shape yang ikonik memberikan imej futuristik yang sangat kuat. Bonet depan yang berotot dipadankan dengan gril 'honeycomb' hitam yang besar, memang nampak sporty.
Garis Sisi: Menggunakan gaya Coupé SUV yang sangat diminati anak muda Malaysia sekarang.
Perincian: Menariknya, pemegang pintu jenis separa sorok pada model konsep kini ditukar kepada rekaan sorok sepenuhnya (flush) untuk aerodinamik yang lebih mantap.

Bahagian dalaman adalah yang paling mengejutkan:
Pintu 'Suicide' (Suicide Doors): Gaya pintu yang biasanya ada pada Rolls-Royce kini ada pada kereta Dreame.
Tanpa Tiang-B (B-Pillarless): Gabungan pintu 'suicide' dan ketiadaan tiang tengah (B-pillar) memberikan ruang masuk yang sangat luas. Memang nampak eksklusif gila bila pintu dibuka!
Susunan 4-Tempat Duduk: Menggunakan susun atur 2+2, nampaknya Dreame mahu mensasarkan pasaran mewah.

Dari segi prestasi, Dreame memang serius. Nebula NEXT 01X akan dilengkapi dengan Bateri All-Solid-State "Starry Core":
Gred Produksi Pertama Dunia: Kapasiti setinggi 60Ah.
Ketumpatan Tenaga Tinggi: Kini mencecah 450Wh/kg dan mensasarkan 800Wh/kg pada masa depan. Ini bermakna jarak gerak (range) akan jadi jauh lebih padu, tiada lagi masalah "range anxiety".
Casis Pintar: Dilengkapi casis "Starry Sky" yang membolehkan fungsi 'Tank Turn' (pusing setempat) dan parkir mendatar. Sangat berguna untuk 'parking' di tempat sempit di Malaysia!
Kawalan Mantap: Turut dilengkapi ampaian aktif elektromagnetik EMAD dan sistem brek pintar EMB.

Langkah Dreame terjun ke dunia automotif memang berani. Untuk pasaran Malaysia, jika kereta ini dibawa masuk dan infrastruktur pengecasan kita sudah bersedia untuk teknologi 'solid-state', ia mampu menjadi pencabar besar buat Tesla dan jenama mewah sedia ada.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
10,000 cars assembled. First export shipment: gone. Jetour's Johor plant is no longer just feeding Malaysian showrooms. 28 minutes ago
Square headlights or round headlights?
The baby Land Cruiser FJ just hit Indonesia from ~RM 189k—packing a 2.7L petrol engine, proper ladder-frame 4x4 hardware, and official ARB accessories. 1 hour ago
Did you spot a JAECOO J5 EV cruising down the highway with a giant DC charging plug strapped to its roof?
#jaecoo #jaecoomalaysia #jaecooj5ev #omodajaecoo #evmalaysia 2 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
10,000 cars assembled. First export shipment: gone. Jetour's Johor plant is no longer just feeding Malaysian showrooms. 28 minutes ago
Square headlights or round headlights?
The baby Land Cruiser FJ just hit Indonesia from ~RM 189k—packing a 2.7L petrol engine, proper ladder-frame 4x4 hardware, and official ARB accessories. 1 hour ago
Did you spot a JAECOO J5 EV cruising down the highway with a giant DC charging plug strapped to its roof?
#jaecoo #jaecoomalaysia #jaecooj5ev #omodajaecoo #evmalaysia 2 hours ago