
Peugeot
5
Model Kenderaan
25
Pengedar
4
Berita
Peugeot adalah salah satu jenama automotif tertua di dunia, bermula sejak tahun 1889 dengan reputasi ketahanan dan kestabilan yang tinggi. Model lagenda seperti 205, 206 dan 504 telah membina nama besar Peugeot di pasaran global. Falsafah reka bentuk “Allure” memberikan penampilan anggun dan moden, manakala sistem dalaman i-Cockpit memberikan pengalaman pemanduan yang unik. Di bawah pengurusan Stellantis, Peugeot menawarkan pilihan tenaga lengkap termasuk hibrid, hibrid boleh cas luar dan kenderaan bateri penuh seperti e-208. Jenama ini aktif memasarkan produknya di Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah.

























