


Dalam Lumba 1, Toyota GR Supra GT4 EVO2 bernombor #39 yang dipandu Ryan Wong dan Mitchell Cheah melintasi garisan penamat sebagai tempat pertama, namun diturunkan ke tempat kedua selepas dikenakan penalti masa sebanyak 15 saat. Wong memulakan perlumbaan dari petak keenam dan naik ke hadapan selepas sebuah kereta saingan terlanggar penghalang dan tersingkir, sebelum Cheah mengambil alih dan mencatat lap terpantas lumba.

Cheah berkata: "Secara keseluruhan, ia merupakan perlumbaan yang positif. Kami melintasi garisan penamat di tempat pertama tetapi kerana penalti, kami hanya terlepas peluang. Berlumba di litar bandar Bangsaen yang sangat mencabar, strategi utama kami adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin mata kejuaraan untuk saingan masa depan. Saya gembira kami berjaya mencapai matlamat tersebut walaupun berdepan pelbagai cabaran.”
Dalam Lumba 2, Cheah memulakan dari petak kedua dan segera mengambil alih tempat terawal selepas berhubung dengan Kantadhee K. yang memulakan di depan pada pusingan pertama, membina jurang melebihi 8 saat sebelum menyerahkan pamandan kepada Wong. Wong kemudian kehilangan tempat terawal dengan 11 minit tinggal dan tersingkir tidak lama selepas itu akibat kerosakan di bahagian kanan-belakang kenderaannya ketika berada di kedudukan ke-dua.

Dalam Lumba 1, Nabil Azlan memulakan dari petak kedua dan memimpin pusingan awal sebelum kereta keselamatan menyusun semula susunan grid. Nabil kekal di litar selama satu pusingan tambahan semasa permulaan semula selepas kereta keselamatan, kemudian bangkit dari tempat ke-lapan untuk menduduki tempat ke-dua. Beliau kemudiannya dinaikkan ke tempat kemenangan kerana kereta pemenang asal dikenakan penalti kelajuan di laluan pit.
Nabil berkata: "Faktor utama membantu kami adalah pengerahan kereta keselamatan buat kali kedua selepas pit stop, namun walaupun begitu, kami masih perlu gigih mempertahankan kedudukan daripada kereta Toyota GAZOO Racing Thailand yang sangat laju di belakang."

Bersama-sama dalam Lumba 1, kenderaan lain Wing Hin Motorsports menduduki tempat ke-lapan (Nick Teo/Ian Wong, Toyota Vios), tempat ke-sepuluh (Jwan Hii/Dannies Ng, Toyota Yaris) dan tempat ke-empat belas (Varunchit Wattanathanakun/Mekkaradkeeta Kalantananda).
Dalam Lumba 2, Nabil terlibat dalam kemalangan teruk pada pusingan terakhir apabila pemimpin lumba perlahan secara tiba-tiba akibat masalah kotak gear, menyebabkan pelanggaran yang mengiringkan Toyota Vios Nabil. Sesi tersebut dihentikan dengan bendera merah, dan keputusan dikembalikan kepada pusingan sebelumnya, dengan Nabil dikira menduduki tempat ke-tiga. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.


Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 6 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 6 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago