
Dalam acara 12 Jam Nürburgring yang berlangsung pada 5 Julai, pasukan lumba Malaysia Viper Niza Racing meraih tempat ke-tiga kelas GT3 dan berjaya menaiki podium keseluruhan pertama mereka dalam Siri Michelin 24H.
Kereta Mercedes-AMG GT3 EVO bernombor #65 yang dipandu oleh Douglas Khoo, Dominic Ang dan Melvin Moh, juga menduduki tempat ke-dua dalam kelas GT3-AM. Pencapaian ini merupakan prestasi terbaik pasukan sejak menyertai siri tersebut tahun lepas.

Dengan baki 22 minit sebelum tamat perlumbaan, pasukan mengambil langkah strategik memanggil Ang masuk ke pit untuk mengisi minyak dan menukar tayar baharu. Hentian ini menyebabkan kedudukan kereta Mercedes merosot di belakang Porsche Up2Race, Audi Continental Racing (Simpson Motorsport) dan Porsche Proton Competition.
Pasukan Audi dan Proton Competition kemudian masuk untuk servis penuh, manakala pemandu Up2Race F. Grosse hanya melakukan pengisian minyak ringkas. Hentian yang lebih singkat membolehkan Porsche tersebut mendahului Ang kembali.

Secara keseluruhannya, Viper Niza Racing menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga, ketinggalan satu pusingan di belakang pemenang, Mercedes-AMG GT3 EVO dari GetSpeed Team JR286, sekaligus mengunci tempat ke-dua dalam kategori GT3-AM.
Rilis media menyatakan bahawa pasukan telah melengkapkan 300 pusingan litar, walaupun ringkasan rasmi acara menyenaraikan jumlah 320 pusingan untuk pasukan ini.
Keputusan terkini ini mengukuhkan Viper Niza Racing di tempat ketiga klasifikasi GT3-AM dengan 116 mata, lapan mata di belakang Hofor Racing dan 14 mata di belakang pemimpin kejohanan, GetSpeed Team JR286. Bagi klasifikasi keseluruhan GT3 pula, pasukan Malaysia ini berada di tangga ke-enam dengan 76 mata terkumpul.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago