
Cycle & Carriage (C&C) telah melancarkan Pusat Kia 3S Flagship pertamanya di Malaysia yang bertapak di Glenmarie, Shah Alam, menandakan langkah rasmi C&C memasuki rangkaian perkhidmatan runcit Kia, setelah dilantik sebagai rakan pembekal berlesen rasmi oleh Kia Sales Malaysia.



Pusat Kia Cycle & Carriage Glenmarie 3S ini merangkumi keluasan 20,839 kaki persegi, terdiri daripada ruang pameran seluas 5,511 kaki persegi dengan kapasiti memaparkan sehingga lima unit kenderaan, pusat servis khusus, bengkel serta bahagian penyimpanan alat ganti serta ruang menunggu pelanggan seluas 2,067 kaki persegi. Bagi menyokong perkembangan kenderaan elektrik, pusat ini dilengkapi dengan 20 tempat kerja servis serta infrastruktur pengecasan EV yang sedia beroperasi.

Menurut Adrian Short, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, pusat 3S flagship baharu ini menyatukan standard runcit global Kia dengan kepakaran perkhidmatan selepas jualan C&C yang teruji.
“Pusat ini menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan terjamin kepada pelanggan. Pelancarannya juga menandakan kerjasama strategik bersama Kia Sales Malaysia untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan pengalaman pelanggan Kia di seluruh negara,” katanya.





Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago