Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) mewah dari China, Zeekr, baru-baru ini mengumumkan angka jualan yang amat memberangsangkan.
Sepanjang Julai lalu, penyerahan global bulanan Zeekr mencecah 35,837 unit, melonjak 111% tahun ke tahun (YoY) untuk mencatatkan rekod tertinggi baharu. Pada masa yang sama, jumlah pengguna global terkumpul jenama ini kini melepasi angka 850,000 orang.

Antaranya, model strategik yang dinanti-nantikan oleh peminat automotif tempatan, Zeekr 7X, menunjukkan prestasi luar biasa dengan penyerahan global bulanan melebihi paras 10,000 unit buat kali pertama, manakala jumlah penyerahan global terkumpul kini menghampiri 180,000 unit.
Sejak mula menembusi pasaran luar negara pada tahun lalu, kehadiran Zeekr 7X telah berkembang pesat ke lebih 50 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Di pasaran Malaysia, sejak dilancarkan di sini, model ini berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran SUV elektrik tempatan yang sengit melalui tawaran teknologi futuristik, ruang kabin yang luas dan selesa, serta teknologi pengecasan pantas voltan tinggi 800V (pengecasan 10% ke 80% hanya mengambil masa sekitar 10 minit). Ciri-ciri ini menjadikannya pilihan utama bagi pemilik yang mementingkan gaya hidup berkualiti tinggi.
Selain mengukuhkan kedudukan di pasaran sedia ada, langkah globalisasi Zeekr terus dipercepatkan.
Difahamkan Zeekr 7X bakal dilancarkan secara rasmi di Korea Selatan tahun ini, dengan merekodkan lebih daripada 1,000 tempahan dalam tempoh sebulan pra-jualan sahaja. Sementara itu, satu lagi model penting iaitu Zeekr 9X akan memasuki pasaran Timur Tengah sebagai model import sepenuhnya (CBU) pada separuh kedua tahun ini.

Pada 30 Julai, jenama pengubahsuaian tersuai ultra-mewah global, MANSORY, mengumumkan kerjasama rasmi dengan Zeekr bagi pembangunan siri produk Zeekr 9X. Kerjasama ini merangkumi bidang seperti pembangunan pengubahsuaian tersuai berasaskan model Zeekr 9X, peluasan pasaran ultra-mewah global, serta perkhidmatan penyesuaian peribadi.
Seiring dengan portfolio produk yang semakin lengkap dan perluasan pasaran global, Zeekr kini sedang memacu langkah ke arah menerajui pasaran kenderaan tenaga baharu mewah global.
Kini, Zeekr 7X ditawarkan dalam tiga varian di Malaysia:

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago
DRIFT PARTY in Malaysia! Can the Xiaomi SU7, Yangwang U8 mix it up against JDM favourites in KL?
Our adventure with the Xiaomi SU7 and Yangwang U8 brings us to APDCrew circuit as we give witness a drift show. With pro drifters and fan-favourites - RX7s, S15s, Skylines, Supras, and more - in the mix, can our Xiaomi SU7 and Yangwang U8 hold their own?
It's also a quick look at Malaysian car culture, including some wildly modified minivans, and more!
#drift #malaysia #xiaomisu7 #yangwangu8 #larrychen #drifting #JDM跑車 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago
DRIFT PARTY in Malaysia! Can the Xiaomi SU7, Yangwang U8 mix it up against JDM favourites in KL?
Our adventure with the Xiaomi SU7 and Yangwang U8 brings us to APDCrew circuit as we give witness a drift show. With pro drifters and fan-favourites - RX7s, S15s, Skylines, Supras, and more - in the mix, can our Xiaomi SU7 and Yangwang U8 hold their own?
It's also a quick look at Malaysian car culture, including some wildly modified minivans, and more!
#drift #malaysia #xiaomisu7 #yangwangu8 #larrychen #drifting #JDM跑車 4 days ago