Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBerita2027 GWM Ora 5 HEV Dilancarkan di Malaysia: SUV Segmen C Dengan 223 PS, 476 Nm, Bermula RM107k

2027 GWM Ora 5 HEV Dilancarkan di Malaysia: SUV Segmen C Dengan 223 PS, 476 Nm, Bermula RM107k

GWM Malaysia telah melancarkan 2027 GWM Ora 5 HEV secara rasmi, sekali gus menambah sebuah lagi SUV hibrid petrol-elektrik ke dalam barisan model tempatan.Pertama kali diperkenalkan awal tahun ini, crossover ini menggabungkan rekaan ikonik Ora dengan Hi2 Intelligent Hybrid Technology baharu daripada GWM.

Gambaran Keseluruhan

Bagi pasaran Malaysia, 2027 GWM Ora 5 HEV ditawarkan pada harga RM106,800. SUV Segmen C baharu menyertai Haval H6 HEV serta Wey G9 PHEV & HEV sebagai model pemasangan tempatan (CKD) oleh EPMB.

Model ini merupakan unit pertama dalam barisan GWM Malaysia yang dilengkapi sistem hibrid Hi2, melengkapkan barisan SUV hibrid jenama bersama Haval H6 HEV, Tank 300 HEV dan Tank 500 HEV.

Diposisikan sebagai SUV Segmen C, Ora 5 HEV bersaing dalam segmen yang sama dengan BYD Atto 3 dan Proton eMas 7, di samping menawarkan kemudahan pengisian bahan api petrol tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Baca Juga: Tempahan 2027 GWM Ora 5 HEV dibuka di Malaysia: Anggaran harga RM115k, pelancaran Nov

Luaran

Ora 5 HEV membawakan gaya bulat Good Cat ke dalam bentuk badan SUV yang lebih tinggi, lengkap dengan rel bumbung dan rim aloi dwi-tona 18-inci.

Di bahagian hadapan, lampu utama LED bulat mengekalkan identiti reka bentuk Ora. Bampar hadapannya pula mengikut rekaan Good Cat facelift di pasaran China, memberikan penampilan berbeza berbanding Good Cat versi Malaysia.

Di bahagian belakang, jalur lampu LED melintang penuh disepadukan di dalam cermin belakang, satu lagi perincian reka bentuk yang dikongsi bersama kembarnya yang elektrik sepenuhnya.

Dari segi dimensi, Ora 5 HEV berukuran 4,471 mm panjang, 1,833 mm lebar, dan 1,641 mm tinggi dengan jarak roda 2,720 mm.

Pilihan warna merangkumi Cliff White, Emerald Green, Mountain Grey, dan Sun Black.

Dalaman

Di dalam ruang kabin,Ora 5 HEV dilengkapi kluster instrumen digital 10.25-inci dan skrin sentuh infotainmen 14.6-inci yang lebih besar.

Deretan butang fizikal kawalan iklim terletak di bawah skrin tengah bagi memudahkan pelarasan sistem pendingin hawa secara terus. 

Kelengkapan kabin lain termasuk tempat duduk pemandu larasan kuasa elektrik, pad pengecas tanpa wayar dan sistem audio enam pembesar suara. Skrin infotainmen menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, manakala tempat duduk dibalut upholsteri kulit sintetik.

Trenkuasa

Kuasa dijana oleh enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo yang dipadankan dengan motor elektrik serta transmisi Dedicated Hybrid Transmission dua kelajuan (2DHT). Motor elektrik ini dikuasakan oleh pek bateri kompak berkapasiti 1.09-kWh.

Output gabungan dinilai pada 223 PS dan 476 Nm, dengan catatan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat mengikut data GWM.

Pengeluar turut menyatakan kadar penggunaan bahan api serendah 4.4 L/100 km dengan jarak gerak mencecah lebih 1,100 km untuk satu tangki penuh, kedua-duanya dinilai berdasarkan kitaran NEDC.

Kelengkapan

Kelengkapan standard merangkumi:

  • Lampu utama LED automatik
  • Automatic High Beam
  • Lampu Follow-me-Home
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Jalur lampu belakang LED melintang penuh
  • Bumbung suria panoramik dengan bidai suria elektrik
  • Rim aloi dwi-tona 18-inci
  • Rel bumbung
  • Tempat duduk kulit sintetik 
  • Tempat duduk pemandu larasan kuasa 6-arah dengan memori, pengudaraan, dan fungsi welcome
  • Tempat duduk penumpang hadapan larasan kuasa 4-arah dengan pengudaraan
  • Kluster instrumen digital 10.25-inci
  • Skrin sentuh infotainmen 15.6-inci
  • Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
  • Sistem audio 9 pembesar suara
  • Pad pengecas tanpa wayar 50W
  • Kotak penyejuk 3.2L
  • 6 beg udara
  • Intelligent Cruise Assistant (ICA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Front Cross Traffic Alert (FCTA)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Centre Keeping (LCK)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Lane Change Assistance (LCA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Traffic Sign Recognation (TSR) dengan Speed Alarm
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Evasive Steering Assist (ESA)

Waranti & Perkhidmatan selepas jualan

2027 GWM Ora 5 HEV hadir dengan:

  • Waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti Bateri Voltan Tinggi, Motor Pacuan Elektrik dan Unit Kawalan Motor Elektrik (EMCU) 8 tahun / 180,000 km
  • Waranti enjin dan transmisi 6 tahun tanpa had perbatuan
  • Servis Telematik Kenderaan Percuma 5 tahun

Follow Facebook

BitAuto.my 206.4K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

206.4K followers + Follow
The 2027 GWM Ora 5 HEV goes official at RM 106,800! Up to a claimed 1,100 km whilst sipping just 4.4L/100 km. Could this be your next hybrid SUV? #GWM #GWMOra5HEV #Ora5 6 hours ago 82.5% increase in year-on-year (YoY) sales is proof that more and more Malaysians are acknowledging the Proton X90 as an ideal family MPV. #Proton #ProtonX90 8 hours ago Spied in Malaysia: camouflaged BYD Sealion 8 PHEV! 🔥🚙 Measuring over 5 metres long with 7 seats and dual-motor AWD PHEV potential, BYD’s big family SUV is inching closer to launch. 9 hours ago
Kembali ke Atas
Balasan