Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-24 (Auto Guangzhou) bakal berlangsung dengan gilang-gemilang dari 27 November hingga 6 Disember 2026, bertempat di Kompleks Pameran Canton (China Import and Export Fair Complex).
Bertemakan "New Technology, New Life", pameran kali ini mencatatkan keluasan keseluruhan sehingga 220,000 meter persegi. Sebanyak 1,106 unit kenderaan pameran akan dipamerkan, termasuk 115 model baharu penampilan sulung global, manakala kenderaan tenaga baharu (EV dan hibrid) merangkumi sebanyak 707 unit, satu rekod skala pameran yang luar biasa.

Auto Guangzhou edisi kali ini terus menarik penyertaan barisan berprofil tinggi daripada pengeluar kenderaan utama dunia.
Selain jenama mewah Jerman dan Barat yang cukup sinonim dengan peminat automotif Malaysia seperti BMW, MINI, Mercedes-Benz, Volkswagen, Audi, Porsche, Ford, Buick, Cadillac, Lincoln serta Volvo, gergasi Jepun dan Korea juga akan dipamerkan model terkini yang dibangunkan khusus untuk pasaran China dan Asia, termasuk Toyota, Lexus, Honda, Nissan, Hyundai dan Mazda.
Sejajar dengan kebangkitan berterusan jenama automotif China di pasaran Asia Tenggara, pameran ini turut menjadi penanda aras penting dalam meninjau arah tuju kemasukan model baharu ke Malaysia pada masa hadapan.
Sebilangan besar pengeluar kereta China yang telah bertapak atau merancang untuk memasuki pasaran Malaysia akan mempamerkan barisan penuh model utama mereka, termasuk:
Jenama yang sudah dikenali di Malaysia: BYD bersama jenama mewahnya iaitu Denza, Yangwang dan Fangchengbao; Chery serta sub-jenama Jetour dan iCAUR; GWM menerusi barisan Tank, Haval, Ora dan trak pikap; di samping MG, GAC dan Geely.
Kumpulan automotif utama China yang lain: Hongqi, Changan, BAIC, JAC dan Maxus turut berentap di pentas yang sama.

Dalam segmen EV tulen dan rangkaian pintar, pengeluar 'startup' yang sentiasa mencuri tumpuan peminat teknologi di Malaysia bakal menonjolkan keupayaan sepenuhnya.
Senarai pempamer melibatkan XPeng, Zeekr, Leapmotor, NIO serta sub-jenama ONVO dan Firefly, yang kini sudah atau bakal masuk ke pasaran Malaysia. Turut menjadi tumpuan hangat ialah Xiaomi EV, Li Auto, Avatr, Deepal, IM Motors, Voyah serta HIMA di bawah Huawei (termasuk AITO, Luxeed dan lain-lain).
Di samping itu, gergasi bateri global CATL dan penyelesaian automotif pintar Huawei Qiankun turut dipamerkan teknologi terkini di tapak pameran.
Kini, industri automotif global sedang memacu pantas daripada era "elektrifikasi" ke fasa persaingan "teknologi pintar". Pameran Auto Guangzhou kali ini bukan sekadar acara kemuncak akhir tahun bagi industri automotif China, malah diletakkan sebagai "platform promosi eksport kenderaan peringkat kebangsaan".
Dengan semakin banyak pengeluar EV China menjadikan Malaysia sebagai hab penting bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) dan rantau ASEAN, pelbagai model kemunculan sulung dan teknologi canggih yang dipamerkan dijangka bakal menjadi tumpuan utama dalam arena automotif Malaysia pada tahun hadapan.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Perak EV owners, will this be your new go-to pit stop? 1 minute ago
GTA 6 countdown: 13 years have passed since GTA 5 released, and today, many gamers will not be going out of their house. But let's wind the clock back to see what has happened in the Malaysian automotive space in that time frame...
#gta6 #gta6countdown #ps5 #proton #toyota #honda #perodua 1 minute ago
Next-gen Nissan GT-R's hood could be edible....? Yummy thoughts, but while this hood is made of pineapples, it's for a different reason...
#nissan #gtr #skyline 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Perak EV owners, will this be your new go-to pit stop? 1 minute ago
GTA 6 countdown: 13 years have passed since GTA 5 released, and today, many gamers will not be going out of their house. But let's wind the clock back to see what has happened in the Malaysian automotive space in that time frame...
#gta6 #gta6countdown #ps5 #proton #toyota #honda #perodua 1 minute ago
Next-gen Nissan GT-R's hood could be edible....? Yummy thoughts, but while this hood is made of pineapples, it's for a different reason...
#nissan #gtr #skyline 1 minute ago