Baru-baru ini, sebuah video yang menampilkan Pengerusi GWM, Wei Jianjun, telah dikeluarkan secara rasmi, mendedahkan rakaman ujian jalan raya bagi prototaip Supercar pertama jenama ini yang masih memakai balutan penyamaran.
Model supercar yang dibangunkan secara menyeluruh selama enam tahun ini kini rasmi memasuki fasa ujian jalanan sebenar. Langkah ini bukan sahaja membuktikan cita-cita GWM untuk menembusi Segmen prestasi tinggi, malah memperlihatkan pencapaian baharu jenama China dalam teknologi trenkuasa berprestasi tinggi.

Sebenarnya, GWM sudah berhasrat untuk membina sebuah kereta sport sejak 25 tahun lalu. Ketika itu, pasukan R&D ini telah membeli lebih 20 buah kereta sport penanda aras antarabangsa untuk dibongkar dan dikaji. Namun, projek tersebut terpaksa ditangguhkan akibat kekangan teknologi dan rantaian bekalan ketika itu. Sehinggalah enam tahun lalu, GWM membuat keputusan untuk mengetepikan pulangan komersial jangka pendek dan memulakan projek Supercar yang dibangunkan sepenuhnya secara in-house.
Wei Jianjun mengakui dalam video tersebut bahawa inovasi sebenar tidak boleh bergantung semata-mata pada perkiraan komersial, sebaliknya perlu menguasai teknologi teras. Namun beliau turut berterus-terang, prototaip ini masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan dari segi Suspension (penalaan suspensi), Handling (kawalan kestabilan) serta deruman ekzos, dan pasukan ini akan terus melakukan penalaan serta pengoptimuman.

Berdasarkan maklumat rasmi, prototaip ujian dengan kod nama "001" ini hadir dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan, di mana hampir seluruh perkakasan dibangunkan dibuat khas untuk projek ini:
Trenkuasa: Dikuasakan oleh enjin 4.0T V8 gred perlumbaan hasil pembangunan dalaman GWM, digandingkan dengan sistem hibrid. Model ini turut didatangkan dengan sistem pelinciran takungan kering bertaraf perlumbaan untuk memastikan aliran pelinciran enjin kekal stabil ketika melalui selekoh tajam dengan daya pecutan sisi melebihi 1.5g.
Struktur Badan dan Diet Ringan: Melalui pengoptimuman struktur, pusat graviti trenkuasa telah direndahkan sebanyak 50mm. Selain itu, aloi magnesium-aluminium, aloi titanium dan salutan silinder khas digunakan secara meluas untuk mengurangkan berat secara ketara, di samping dilengkapi kokpit Carbon Fiber Monocoque.
Casis dan Brek Gred Litar: Dilengkapi tayar Semi-slick bertaraf litar yang dibangunkan bersama Pirelli, bersama Carbon Ceramic (cakera brek seramik karbon) dan angkup brek berprestasi tinggi enam omboh di hadapan serta empat omboh di belakang bagi memastikan kestabilan membrek yang mantap semasa pemanduan agresif.
Ujian Terowong Angin Sendiri: Memanfaatkan makmal terowong angin milik GWM sendiri untuk menjalankan ujian aerodinamik serta penalaan sebenar kenderaan, sekali gus mempercepatkan fasa pembangunan secara menyeluruh.

CEO Segmen Kereta Ultra-Mewah GWM, Song Dongxian, turut berkongsi perkembangan terkini di media sosial. Beliau menyatakan bahawa Wei Jianjun sendiri telah turun ke litar ujian Xushui untuk memandu uji prototaip "001" ini dan menyifatkannya menunjukkan "kemajuan yang ketara".

Ketika ini, pasukan jurutera giat memperhalusi penalaan casis, stereng dan brek di makmal mahupun di litar ujian. Bagi mencapai tahap tanda aras supercar antarabangsa, pasukan R&D telah menaik taraf rutin ujian biasa kepada sesi ujian perbandingan berbebanan tinggi setiap dua minggu, dengan sasaran agar penalaan casis dapat mencapai standard sebenar yang lebih mantap untuk sesi ujian akan datang.
Sejak kebelakangan ini, jenama kenderaan China semakin rancak bertapak di pasaran Malaysia, dan GWM sendiri telah membina reputasi kukuh menerusi model off-road 4x4 seperti Tank 300 dan Tank 500. Kini, langkah pengeluar ini mencabar Segmen Supercar dengan halangan teknologi tertinggi amat menarik untuk disaksikan. Sama-sama kita nantikan kemampuan model flagship berenjin V8 buatan sendiri ini apabila memasuki fasa produksi kelak!
Baca Juga: Supercar Hybrid Pertama GWM Didedahkan: Sasaran Saingi Ferrari SF90, Dijangka Masuk Pasaran 2027!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Sub-3-second 0–100 km/h, 911 hardware, AND a fake 981 six-cylinder soundtrack?! ⚡🏁
Electric Porsche 718 Boxster is coming in Q1 2027. Simulated PDK shifts + synthesized flat-six sound: genius homage or guilty pleasure? Tell us below! 👇
#Porsche718 #PorscheBoxster #ElectricPorsche #EVSportsCar #CarEnthusiasts 1 minute ago
Wait, what?! 🇺🇸➡️🇯🇵 After a 3-year break, the Toyota Camry is finally returning to Japan—and it’s being imported straight from the US!
Equipped with a 2.5L hybrid powertrain and converted to RHD, this "Made in USA" Camry is definitely a plot twist. Would you buy an American-built Japanese sedan? Drop your thoughts below! 👇💬
#ToyotaCamry #Toyota #CarNews #HybridCars #Sedan #BitAutoMY #MalaysiaCars 1 minute ago
One Honda dealer has teased the imminent arrival of the Honda Avancier!
And it's a hybrid, so there's no charging to worry about.
#honda #hondaAvancier 1 minute ago Get the latest car news first!

#honda #hondaAvancier 1 minute ago