
Honda memulakan pengeluaran Honda Avancier 2027 serba baharu di Thailand, menjelang pelancaran tempatan pada 1 Disember 2026.
SUV flagship tiga baris dipasang di kilang Prachinburi milik Honda di Taman Perindustrian Rojana, sekali gus menjadikan Thailand pasaran pertama yang menjual model baharu. Pengeluaran rasmi bermula pada 23 November.
Dengan penampilan sulung globalnya pada 20 November, Avancier memperkenalkan platform baharu serta sistem hibrid generasi seterusnya Honda. Model ini juga merupakan kenderaan hibrid pertama jenama yang memakai lencana H rekaan baharu.

Avancier tampil memperkenalkan DualPower eAWD, yang menggunakan motor elektrik berasingan untuk memacu gandar hadapan dan belakang. Sistem mengawal agihan kuasa secara bebas antara kedua-dua gandar bagi mengoptimumkan pecutan serta pengendalian.
Ciri S+ Shift Honda turut dimuatkan, berfungsi mensimulasikan penukaran gear bagi memberikan rasa pemanduan yang lebih konvensional pada trenkuasa hibrid.

Di bawah casis, platform modular baharu membolehkan komponen struktur dikongsi bersama model masa hadapan. Motion Management System Honda menyelaras kuasa membrek dan memacu bagi mempertingkatkan tindak balas jentera terhadap input stereng.
Kapasiti enjin, angka output kuasa, tork dan catatan penggunaan bahan api masih belum diumumkan.

Bahagian luaran menampilkan lampu utama tirus, pemegang pintu jenis rata dan lampu belakang bersegi. Pengelap cermin belakang tersembunyi ditempatkan kemas di bawah spoiler belakang.
Beralih ke ruang dalam, Avancier dilengkapi skrin paparan tengah bersaiz besar serta pemilih gear jenis tuil pada kolum stereng, lantas membebaskan lebih banyak ruang pada konsol tengah.
Kelengkapan baris kedua merangkumi tempat duduk dengan fungsi pemanas dan pengudaraan, manakala bumbung kaca panoramik merentang luas sehingga ke baris ketiga. Sistem bunyi Bose 12 pembesar suara bersama Dolby Atmos turut dimuatkan.
Kemas kini perisian over-the-air (OTA) turut disokong.

Harga jualan dan perincian varian bagi pasaran Thailand bakal diumumkan pada 1 Disember tepat jam 2 petang waktu tempatan, atau 3 petang waktu Malaysia.
Honda merancang untuk memperkenalkan Avancier ke pasaran Asia yang lain termasuk Jepun dan China. Thailand bakal menyokong jualan eksport pada masa akan datang, walaupun destinasi eksport masih belum diperincikan.
Setakat artikel ditulis, masih tiada sebarang maklumat mengenai kehadiran ke pasaran Malaysia.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Civic looks on a Vios budget. Was the 5th-gen Inokom Elantra the most underrated C-segment sedan in Malaysian history, or did resale value kill the hype? 👇
#HyundaiElantra #CarReviewMalaysia #UsedCarsMalaysia #SedanLife #BitAutoMalaysia 1 minute ago
GWM just launched its boxy H7 SUV in Milan—and the 370 PS Hi4 PHEV version is already confirmed for CKD local assembly in Malaysia. 1 minute ago
Production of the Honda Avancier has commenced in Thailand, with our northern neighbours being the production hub for this region.
So, Malaysia apa macam?
#honda #hondaAvancier 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Civic looks on a Vios budget. Was the 5th-gen Inokom Elantra the most underrated C-segment sedan in Malaysian history, or did resale value kill the hype? 👇
#HyundaiElantra #CarReviewMalaysia #UsedCarsMalaysia #SedanLife #BitAutoMalaysia 1 minute ago
GWM just launched its boxy H7 SUV in Milan—and the 370 PS Hi4 PHEV version is already confirmed for CKD local assembly in Malaysia. 1 minute ago
Production of the Honda Avancier has commenced in Thailand, with our northern neighbours being the production hub for this region.
So, Malaysia apa macam?
#honda #hondaAvancier 1 minute ago