Lei Jun, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xiaomi, mengumumkan secara rasmi menerusi media sosial bahawa Xiaomi Auto akan mengadakan sesi pembentangan pada 27 November jam 9 pagi di Guangzhou Auto Show 2026.
Selain memperkenalkan secara terperinci ciri tarikan utama SUV Xiaomi SkyNomad N70, jenama ini juga akan berkongsi perkembangan terkini Xiaomi dalam teknologi pemanduan bantuan pintar kepada umum.

Sebelum acara pembentangan bermula, mari imbas kembali spesifikasi utama bagi varian Xiaomi SkyNomad N70 Pro dan Max.

Xiaomi SkyNomad N70 Pro

Xiaomi SkyNomad N70 Max
Xiaomi SkyNomad N70 menampilkan bahasa rekaan terkini, dengan gril hadapan memaparkan lencana perkataan “SkyNomad” di bahagian tengah. “Lampu hadapan pepatung” mengekalkan identiti keluarga jenama ini, menyerupai kepak pepatung yang mengembang dengan jarak suluhan sejauh 624 meter serta pencahayaan sudut ultra-lebar 180° demi meningkatkan keselamatan pemanduan pada waktu malam.



Model baharu ini menawarkan 6 pilihan warna luaran termasuk Far Mountain Green, Butterfly Valley Blue, Volcanic Grey, Cold Khaki, Obsidian Black dan Pearl White; di samping pilihan “pakej Samurai Black” yang menampilkan kemasan hitam (smoked) pada 10 perincian luaran.



Profil sisi model ini kelihatan tegap dan berkotak, lengkap bersama pemegang pintu separa tersembunyi. Dari segi dimensi, model ini berukuran 4960mm panjang, 1998mm lebar, 1765mm tinggi dengan jarak roda 2950mm, meletakkannya dalam Segmen SUV saiz pertengahan hingga besar. Bahagian belakang pula diserikan dengan lampu belakang rekaan lingkaran bintang 3D jenis melintang.

Semua varian didatangkan standard dengan “lampu pemanduan perlahan” di bawah cermin sisi yang meliputi kawasan pencahayaan sehingga 12.88 meter persegi pada satu sisi. Lampu tersebut menyala secara automatik ketika berselisih di jalan sempit pada waktu malam, meletak kereta atau berhenti di tepi jalan bagi memudahkan pemandu memerhati keadaan sekeliling.
Bagi perkakasan pemanduan pintar, model ini dilengkapi secara standard dengan model kognitif Xiaomi HAD dan Xiaomi XLA, dikuasakan cip NVIDIA Thor dengan kuasa pemprosesan mencecah 700 TOPS, selain menyertakan sensor LiDAR di atas bumbung, radar gelombang milimeter 4D, 11 kamera definisi tinggi serta 12 radar ultrasonik.




Ruang kabin dilengkapi skrin kawalan utama 3K bersaiz 16.1 inci, meter digital 8.88 inci, Head-Up Display (HUD) 20 inci, serta dikuasakan cip infotainmen Snapdragon 8 generasi ketiga, bersama pembantu suara “Super Xiao AI” secara standard pada semua varian.



Bahagian belakang dilengkapi skrin hiburan 21.4 inci, panel kawalan boleh alih, serta sokongan penyambungan tablet luaran di belakang tempat duduk penumpang hadapan. Varian Max pula menampilkan sistem audio mewah dengan 25 pembesar suara “Xiaomi Star String”.
Dari segi ruang, kerusi baris kedua Xiaomi SkyNomad N70 Max boleh dilaras gelongsor ke depan dan ke belakang: apabila dilaras paling ke belakang, ruang kaki maksimum mencapai 1410mm; apabila digelongsor paling ke hadapan, ruang simpanan belakang boleh dimaksimumkan sehingga 2425 liter (L).
Model ini turut menyokong “mod bersemuka”, menawarkan ruang membujur maksimum sehingga 1687mm apabila dua penumpang duduk bersemuka, manakala kapasiti but kereta standard pula ialah 662 liter.
Bagi aspek sistem kuasa, Xiaomi SkyNomad N70 dikuasakan oleh sistem elektrik range-extender 1.5T (EREV) dengan padanan bateri Xiaomi Dragon Armor. Sistem ini menggunakan enjin sebagai penjana elektrik manakala roda dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik. Untuk kegunaan harian, model ini boleh dipandu dalam mod elektrik tulen, manakala bagi perjalanan jauh, pengguna hanya perlu mengisi petrol seperti biasa.



Varian asas N70 Pro (motor tunggal) menjana kuasa maksimum 210kW (kira-kira 286 PS) dengan bateri 52kWh, menawarkan jarak gerak elektrik tulen CLTC sejauh 351km dan jarak gerak keseluruhan mencecah 1351km.
Varian mercu N70 Max (dwi-motor AWD) pula menjana kuasa gabungan 310kW (kira-kira 421 PS), memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.5 saat. Varian ini dipadankan dengan bateri litium ternari 76kWh yang memberikan jarak gerak elektrik tulen CLTC sejauh 505km dan jarak gerak keseluruhan sehingga 1461km, cukup untuk perjalanan ulang-alik rentas negeri seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Kadar penggunaan bahan api ketika bateri rendah pula dicatatkan pada 6.1L/100km.

Bagi pengecasan, pengecasan dari 20% hingga 80% hanya mengambil masa 18 minit. Pengecasan pantas selama 15 minit mampu menambah jarak gerak sehingga 310km untuk varian Max, dan sehingga 220km bagi varian Pro.
Kesemua varian menggunakan suspensi jenis Double Wishbone di hadapan dan Multi-link di bahagian belakang, digandingkan bersama sistem kestabilan Bosch ESP 10.0 serta penggalak brek pintar Bosch DPB. Varian Max pula menerima tambahan suspensi udara bersama penyerap hentak redaman boleh laras secara berterusan.

Menariknya, seawal Julai tahun ini, Xiaomi telah mula menunjukkan pergerakan aktif di pasaran tempatan dengan mengiklankan jawatan Pengurus Hubungan Kerajaan (sektor automotif) di LinkedIn. Jawatan ini bertanggungjawab berurusan secara terus dengan agensi kerajaan seperti MIDA, MITI, MARii, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JPJ, dengan kriteria memerlukan pemahaman mendalam tentang dasar CBU (import kenderaan penuh) serta CKD (pemasangan tempatan), sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kehadiran SU7, YU7 atau potensi pemasangan tempatan.
Melihat kepada kepantasan Xiaomi memperluaskan rangkaian produk dan teknologi pemanduan bantuan pintar, kehadiran rasmi jenama ini ke pasaran Malaysia sememangnya amat dinanti-nantikan.
Baca Juga: Xiaomi Auto Mula Buka Jawatan Kosong di Malaysia, Adakah SU7 dan YU7 Bakal Masuk?

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
With production happening right next door in Thailand, should Mitsubishi Motors Malaysia bring this 204 PS flagship 4x4 here next?
#mitsubishi #mitsubishipajero #pajero #mitsubishimalaysia #carnewsmalaysia 1 minute ago
Punchy & Feature-focused (Best for quick engagement)
A 3-row family SUV with simulated gear shifts?
Meet the all-new Honda Avancier—Honda's first flagship built on its new modular hybrid platform with DualPower eAWD and a 12-speaker BOSE system. Thailand is confirmed, so is Malaysia next?
Drop a 🔥 if you want Honda Malaysia to bring this in!
#HondaAvancier #HondaMalaysia #Hybrid #SUV #AutomotiveNews 1 minute ago
“Free accident, tip-top condition, previous owner only drove to Pavilion." Proceeds to drop 30% range overnight. 💀🔋
Would you buy a second-hand Tesla now that Tesla Malaysia checks it 102 ways and adds an extra 1-year warranty?
Tap in 👇 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
With production happening right next door in Thailand, should Mitsubishi Motors Malaysia bring this 204 PS flagship 4x4 here next?
#mitsubishi #mitsubishipajero #pajero #mitsubishimalaysia #carnewsmalaysia 1 minute ago
Punchy & Feature-focused (Best for quick engagement)
A 3-row family SUV with simulated gear shifts?
Meet the all-new Honda Avancier—Honda's first flagship built on its new modular hybrid platform with DualPower eAWD and a 12-speaker BOSE system. Thailand is confirmed, so is Malaysia next?
Drop a 🔥 if you want Honda Malaysia to bring this in!
#HondaAvancier #HondaMalaysia #Hybrid #SUV #AutomotiveNews 1 minute ago
“Free accident, tip-top condition, previous owner only drove to Pavilion." Proceeds to drop 30% range overnight. 💀🔋
Would you buy a second-hand Tesla now that Tesla Malaysia checks it 102 ways and adds an extra 1-year warranty?
Tap in 👇 1 minute ago