
Malaysia bakal membariskan tiga pelumba mantap dalam kejohanan 2026 Toyota Gazoo Racing (TGR) Asia Esport GT Championship, yang dijadualkan berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya pada 14 dan 15 November 2026.
Kejohanan serantau ini menghimpunkan 15 pelumba simulator terkemuka Asia Tenggara dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Mereka bersaing menerusi Gran Turismo 7 untuk merebut gelaran individu dan pasukan, serta hadiah terkumpul berjumlah USD31,000 (kira-kira RM130,000).
Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan ini buat kali ketiga. Skuad negara tahun ini terdiri daripada bekas juara serantau merangkap pemenang pingat emas Sukan Asia Taj Aiman, pemenang pingat emas Asia Pacific Motorsports Championship Nabil Azlan, serta bakat pelumba yang bakal menonjol Ethen Low.

Mengetuai cabaran negara ialah Taj Aiman, 27 tahun, pemenang pingat emas Sukan Asia, juara TGR Asia 2024 dan juara TGR Malaysia eRacing sebanyak empat kali.
Ini merupakan penampilan ketujuhnya mewakili Malaysia dalam kejohanan serantau, dan beliau berharap dapat menebus semula gelaran individu yang dimenanginya pada 2024.
“Kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia sudah tentu meningkatkan keyakinan saya menjelang 2026 TGR Asia Esport GT Championship,” kata Taj Izrin Aiman. Beliau turut menyasarkan untuk memperoleh kedua-dua gelaran individu dan pasukan.

Turut menyertai skuad ialah Nabil Azlan, 24 tahun, yang baru meraih pingat emas di Asia Pacific Motorsports Championship dan dinobatkan juara 2025 TGR Malaysia eRacing Pro.
Nabil juga graduan program simulator-ke-litar sebenar Toyota. Beliau berjaya beralih ke Toyota Vios Challenge dan merangkul gelaran juara kategori Rookie dan Sporting Class.
Dengan pencapaian cemerlang dalam sukan permotoran maya dan sebenar, Nabil kini sasar kejuaraan serantau TGR Asia pertamanya.

Melengkapkan barisan pelumba negara ialah Ethen Low, 16 tahun, juara 2025 TGR Malaysia eRacing Junior.
Meskipun usianya masih muda, Low sudah beraksi dalam 2026 Toyota Vios Challenge di bawah Gazoo Racing-UMW Toyota Motor Young Talent Development Program. Beliau berkongsi kedudukan pendahulu pungutan mata Rookie Class, dengan baki dua perlumbaan lagi.
Kejohanan yang akan datang ini merupakan penampilan antarabangsa keduanya dalam perlumbaan simulator, selepas mara ke separuh akhir di Asia Pacific Motorsports Championship baru-baru ini.

Juara tahun lalu, Andika Rama
Malaysia berdepan saingan hebat daripada empat negara lain, termasuk juara bertahan Andika Rama dari Indonesia, yang pernah merangkul kejuaraan TGR Asia pada 2023 dan 2025.
Pelumba Singapura Ar Muhammad Aleef, juara edisi 2020, turut kembali beraksi, lalu mewujudkan saingan antara tiga bekas juara serantau.
Antara peserta lain yang menarik perhatian ialah pelumba dari Filipina Russel Reyes dan Enzo Ison, serta beberapa pelumba baharu yang membuat kemunculan sulung di peringkat serantau.
Setiap negara yang menyertai akan menghantar tiga pelumba, termasuk sekurang-kurangnya seorang peserta berusia 18 tahun ke bawah, untuk memberi peluang kepada bakat muda bersaing dengan pelumba yang lebih berpengalaman.
Kesemua 15 pelumba akan berentap dalam tiga perlumbaan menggunakan simulator Gran Turismo 7 pada platform Sony PlayStation.
Kejohanan ini menampilkan tiga litar dan jentera yang berbeza:
Mata kejohanan diberikan berdasarkan kedudukan penamat: 25 mata untuk juara, 20 mata untuk naib juara dan 16 mata untuk tempat ketiga. Mata diberikan sehingga tempat ke-15, manakala pemilik pusingan terpantas dalam setiap perlumbaan mendapat tambahan dua mata.
Juara keseluruhan individu dan pasukan masing-masing menerima USD 8,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima USD 4,500 dan USD 3,000.
Anugerah tambahan juga disediakan untuk mengiktiraf Best Race Craft, Rookie of the Day dan Driver of the Day.

Pusingan akhir tahun lalu di Bangkok
Pertama kali dianjurkan pada 2018 sebagai GR Velocity Esports Championship, saingan ini kemudiannya dikenali sebagai Toyota GR Supra GT Cup dan GR GT Cup Asia Championship sebelum menggunakan nama semasa TGR Asia Esport GT Championship untuk edisi 2026.
Kini memasuki tahun kesembilan berturut-turut, kejohanan ini meneruskan usaha Toyota untuk membangunkan pelumba yang bercita-cita tinggi melalui sukan permotoran maya. Beberapa peserta terdahulu telah berjaya menyertai kejohanan perlumbaan sebenar.
Mengulas sebelum acara bermula, Naib Presiden Toyota Motor Asia Preston Tan berkata kejohanan ini menunjukkan bagaimana perlumbaan simulator dapat memberi peluang kepada pelumba muda untuk memasuki dunia sukan permotoran.
“Kami amat gembira melihat pelumba daripada edisi terdahulu terus bertanding dalam sukan permotoran sebenar, malah di pentas yang lebih besar seperti Sukan Asia,” kata Tan. Beliau menyifatkan kejohanan ini sebagai laluan yang sah untuk memasuki dunia perlumbaan.
Selain kejohanan utama, hujung minggu ini turut menampilkan perlumbaan pertunjukan yang melibatkan wakil Toyota, kakitangan media dan peserta e-sukan.
Peminat boleh mengikuti perkembangan 2026 TGR Asia Esport GT Championship melalui laman Facebook rasmi Toyota Gazoo Racing Asia. Kemuncak Asia Finals akan berlangsung pada 15 November di Jiospace, Petaling Jaya.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
BYD has made enough cars to fill an entire COUNTRY with just hybrids, EVs, and more. 19,000,000. Wow.
#byd #FangChengBao 1 minute ago
Admin thinks this year Malaysia will tapao, ikat tepi, bungkus this championship. We got gold medallists. But anything can happen in racing, so come tune in this Sunday...
#toyotagazooracing #tgr #gazooracing #toyota 1 minute ago
History made! The BYD Yangwang U9X hits an official 503.17 km/h, becoming the first production car to break the 500 km/h barrier.
Full story 👇
#BYD #YangwangU9X #Hypercar #EV #SpeedRecord 10 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
BYD has made enough cars to fill an entire COUNTRY with just hybrids, EVs, and more. 19,000,000. Wow.
#byd #FangChengBao 1 minute ago
Admin thinks this year Malaysia will tapao, ikat tepi, bungkus this championship. We got gold medallists. But anything can happen in racing, so come tune in this Sunday...
#toyotagazooracing #tgr #gazooracing #toyota 1 minute ago
History made! The BYD Yangwang U9X hits an official 503.17 km/h, becoming the first production car to break the 500 km/h barrier.
Full story 👇
#BYD #YangwangU9X #Hypercar #EV #SpeedRecord 10 hours ago