
SAIC Motor Malaysia telah memperluas rangkaian MG dengan pembukaan Pusat 3S MG pertama di Rawang yang dikendalikan oleh SNS Kembara Utama Sdn Bhd.
Terletak di Kawasan Perindustrian Hi-Tech Rawang, cawangan baharu ini menempati premis kilang separa berkembar satu setengah tingkat dengan keluasan sekitar 1,200 meter persegi.
Pusat ini pada masa ini hanya menyediakan perkhidmatan jualan, manakala kemudahan selepas jualan akan dibuka sebaik sahaja pusat servis beroperasi sepenuhnya.

Cawangan ini turut menyediakan ruang istirahat pelanggan yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi, kopi dan snek untuk pelanggan semasa mengunjungi premis.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SNS Kembara Utama, Syed Nasrul Azmi bin Syed Mahmud, cawangan baharu ini akan mendekatkan lagi produk dan perkhidmat MG kepada pelanggan di Rawang serta kawasan sekitarnya.
“Kami berbesar hati dapat membuka Pusat 3S MG pertama di Rawang dan membawakan pengalaman MG lebih dekat kepada komuniti setempat,” katanya.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi menambah bahawa pengembangan rangkaian pengedar kekal menjadi sebahagian penting strategi pertumbuhan MG di Malaysia.
“Pusat 3S MG baharu oleh SNS Kembara Utama di Rawang ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran kami, malah mencerminkan komitmen kami untuk membina rangkaian kukuh di seluruh negara yang memberikan pengalaman pelanggan yang konsisten,” katanya.
Dengan kehadiran cawangan Rawang ini, rangkaian jualan dan selepas jualan MG kini merangkumi 26 cawangan di seluruh negara.
Pusat 3S MG baharu ini mula beroperasi pada 17 Ogos 2026. Waktu perniagaan ialah 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Sabtu), manakala 11 pagi hingga 4 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Pelanggan boleh menghubungi SNS Kembara Utama MG Rawang menerusi talian 016-515 8059 atau e-mel sns.mgrawang@gmail.com untuk mengatur sesi pandu uji atau bertanya mengenai model terbaharu MG termasuk MGS5 EV.