Bagi pembeli di Malaysia, selain rupa luaran dan ruang kabin, kos penyelenggaraan dan nilai jual semula (Resale Value) sering menjadi faktor penentu utama sebelum membuat keputusan membeli kereta.

Bagi mengatasi kebimbangan pembeli, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah bekerjasama dengan Maybank/Maybank Islamic untuk memperkenalkan program nilai jual semula terjamin baharu iaitu Mitsubishi Xforce 60% Guaranteed Resale Value (GRV).
Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, pemilik yang menggunakan Mitsubishi Xforce selama 5 tahun dan menjual semula kenderaan kepada MMM boleh menikmati jaminan nilai jual semula sehingga 60%.
Program ini terhad kepada 200 pelanggan terawal yang berjaya membuat permohonan dan membeli kenderaan. Menjelang tahun ke‑5, pemilik bebas memilih skim berikut mengikut keperluan peribadi:
Skim A: Nilai Jual Semula Dipertingkat (Enhanced GRV ‑ 60%) Pada tahun ke‑5, jual semula Mitsubishi Xforce kepada MMM dan pilih untuk tukar beli (Trade‑in) model baharu Mitsubishi yang lain. Pemilik akan menerima jaminan nilai jual semula sehingga 60% daripada harga atas jalan (On‑the‑road price) kenderaan asal.
Skim B: Nilai Jual Semula Standard (Standard GRV ‑ 45%) Sekiranya pemilik menjual semula Mitsubishi Xforce kepada MMM pada tahun ke‑5 tanpa membuat tukar beli model Mitsubishi yang lain, pemilik masih layak mendapat jaminan nilai jual semula standard sebanyak 45%.
Nota: Pemilik mempunyai hak penuh ke atas kenderaan. Pada tahun ke‑5, pemilik juga boleh memilih untuk terus menyimpan Mitsubishi Xforce atau menjual kenderaan kepada pihak ketiga secara sendirian.

Selain program nilai jual semula, MMM turut menawarkan pakej selepas jualan yang menyeluruh kepada pemilik:
Terdapat 60 pusat servis bertauliah di seluruh negara (jumlah keseluruhan 61 bilik pameran dan 27 pusat mengecat serta membaiki kenderaan). Urusan servis berkala dan penggantian alat ganti tulen menjadi lebih mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Takashi Sakamaki berkata: “Membeli kereta bukan sekadar melihat spesifikasi di bilik pameran, tetapi bagaimana kenderaan dapat menyokong kehidupan harian pemilik. Mitsubishi Xforce bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan yang yakin dan selesa. Dengan program nilai jual semula sehingga 60%, pemilik di Malaysia boleh menikmati ketenangan fikiran berkaitan nilai kenderaan pada masa hadapan.”
Program 60% GRV terhad kepada 200 pelanggan pembiayaan Maybank/Maybank Islamic yang terawal. Program ini tertakluk kepada syarat keadaan kenderaan, rekod servis berkala di pusat servis rasmi dan had perbatuan. Bakal pembeli yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors berdekatan atau menghubungi penasihat jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
If this comes true, which team will you support? BYD, Geely...?
#proton #geely #byd #F1 1 minute ago
Did your wallet take a hit during the 11.11 sale?
Good news, your fuel tank is giving you a 'cashback'! 2 hours ago
Rumor has it the Lexus IS300 might be heading to Malaysia in 2027 to take on the BMW 3 Series and Mercedes C-Class! 2.0L Turbo, rear-wheel drive, and sharp new looks... Would you pick this over its German rivals? 👇
#Lexus #LexusIS300 #CarNews #MalaysiaAutomotive #LuxuryCars #RWD #BMW3Series #CClass #BitAutoMalaysia 7 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
If this comes true, which team will you support? BYD, Geely...?
#proton #geely #byd #F1 1 minute ago
Did your wallet take a hit during the 11.11 sale?
Good news, your fuel tank is giving you a 'cashback'! 2 hours ago
Rumor has it the Lexus IS300 might be heading to Malaysia in 2027 to take on the BMW 3 Series and Mercedes C-Class! 2.0L Turbo, rear-wheel drive, and sharp new looks... Would you pick this over its German rivals? 👇
#Lexus #LexusIS300 #CarNews #MalaysiaAutomotive #LuxuryCars #RWD #BMW3Series #CClass #BitAutoMalaysia 7 hours ago