Toyota Motor baru-baru ini mengeluarkan kenyataan takziah, mengumumkan bekas presiden dan pengerusi syarikat, Hiroshi Okuda telah meninggal dunia pada 8 Ogos, berusia 93 tahun.
Sebagai presiden pertama dalam sejarah Toyota yang memecahkan tradisi keluarga kerana beliau bukan berasal daripada keluarga pengasas, perjalanan hidup beliau bukan sahaja mencerminkan transformasi Toyota daripada syarikat tempatan menjadi gergasi automotif global, malah merupakan legenda perniagaan yang sarat dengan semangat pembaharuan.

Hiroshi Okuda dilahirkan pada Disember 1932 dan merupakan graduan Fakulti Perdagangan dari Universiti Hitotsubashi.
Pada tahun 1955, beliau menyertai bahagian perakaunan syarikat jualan Toyota Motor, sekali gus memulakan kerjaya di Toyota yang menjangkau hampir setengah abad, sebelum memimpin operasi bagi rantau Asia Pasifik dan Oceania.
Pada tahun 1982, Hiroshi Okuda dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Toyota Motor, secara rasmi menyertai barisan pengurusan teras kumpulan.
Pada tahun 1995, beliau dilantik menjawat jawatan presiden ke-12 Toyota Motor, menjadi pemimpin pertama dari luar keluarga pengasas dalam tempoh hampir tiga dekad, sekali gus menamatkan tradisi keluarga Toyota yang lama menerajui jawatan pengurusan tertinggi.
Pada pertengahan tahun 1990-an, berikutan kejatuhan ekonomi gelembung (bubble economy) di Jepun, Toyota berhadapan dengan masalah dalam perkembangan perniagaan.

Menggalas tanggungjawab dalam tempoh getir, Hiroshi Okuda bukan sahaja memacu pembaharuan sumber manusia, memecahkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kekananan (nenko joryetsu - sistem senioriti Jepun) dan mengurangkan kos operasi yang membazir, malah membuat pelaburan strategik dalam teknologi hibrid dengan visi yang berpandangan jauh.
Meskipun industri automotif pada ketika itu meragukan usaha ini, beliau tetap mempertahankan keputusan untuk melancarkan Prius pada tahun 1997. Langkah ini secara rasmi memulakan era hibrid kenderaan penumpang sedunia, sekaligus mewujudkan kelebihan teknologi yang kukuh dan sukar diatasi oleh pesaing.
Selain itu, beliau giat memacu strategi globalisasi dengan membina kilang pemasangan kenderaan baharu di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Beliau juga memanfaatkan trend pasaran global menerusi SUV bandar seperti RAV4, meletakkan asas kukuh untuk Toyota menjadi pengeluar kenderaan dengan jumlah jualan tertinggi sedunia pada masa kemudian.

Selepas melepaskan jawatan sebagai presiden dan pengerusi Toyota, Hiroshi Okuda dilantik sebagai pengerusi pertama Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren - Japan Business Federation) pada tahun 2002, di mana beliau terlibat secara aktif dalam penasihatan dasar ekonomi negara serta kerjasama ekonomi antarabangsa.
Beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi Toyota dan pengerusi Keidanren pada tahun 2006, namun kekal berkhidmat sebagai penasihat kepada Toyota sehingga tahun 2018.
Beliau pernah menegaskan dalam satu temu bual: “Sesebuah syarikat perlu melakukan perubahan ketika keadaan masih baik. Apabila keadaan sudah merosot, usaha untuk berubah sudah tidak bermakna lagi.” Semangat keusahawanan yang berani merancang masa depan ketika berada dalam keadaan stabil dan memecahkan amalan sedia ada yang membantutkan kemajuan akan menjadi warisan sejarah bernilai, terus memberi inspirasi kepada seluruh industri automotif untuk terus maju.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Xiaomi to the world!
They have signed with several big European distributors ahead of their planned 2027 exports.
So, Malaysia when?
#xiaomi 1 minute ago
The Zeekr 7X will be receiving an update later this year, including the new 85 kWh Golden Brick battery and new colours.
Bila datang Malaysia?
#Zeekr #Zeekr7X 1 minute ago
Any luck for Malaysia?
This is the newly-launched BYD Sealion 8, priced between RMB 229,900 (~RM 138k) for the PHEV and RMB 239,900 (~RM 144k) for the EV.
Key stats include up to 1,650 km and 544 PS combined power for the PHEV, and up to 900 km and 795 PS for the EV.
#BYD #BYDSealion8 5 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Xiaomi to the world!
They have signed with several big European distributors ahead of their planned 2027 exports.
So, Malaysia when?
#xiaomi 1 minute ago
The Zeekr 7X will be receiving an update later this year, including the new 85 kWh Golden Brick battery and new colours.
Bila datang Malaysia?
#Zeekr #Zeekr7X 1 minute ago
Any luck for Malaysia?
This is the newly-launched BYD Sealion 8, priced between RMB 229,900 (~RM 138k) for the PHEV and RMB 239,900 (~RM 144k) for the EV.
Key stats include up to 1,650 km and 544 PS combined power for the PHEV, and up to 900 km and 795 PS for the EV.
#BYD #BYDSealion8 5 hours ago