
Honda mungkin mencontohi strategi yang digunakan Toyota untuk Honda CR‑V generasi baharu. Berdasarkan laporan Automotive News, SUV segmen‑C ini bakal mengamalkan strategi trenkuasa hanya versi hibrid.
Sebagai rujukan, Toyota RAV4 generasi XA60 semasa menggunakan pendekatan hanya versi hibrid. SUV segmen‑C terkenal keluaran Toyota ini menawarkan pilihan HEV dan PHEV mengikut keperluan sesuatu pasaran.

Buat masa ini, pilihan trenkuasa Honda CR-V agak pelbagai, merangkumi enjin petrol turbo, hibrid petrol-elektrik, plug-in hybrid (PHEV), dan juga kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) dengan keupayaan plug-in.
Baca Juga: Spyshot! Selamat tinggal lampu belakang menegak, mungkinkah ini Honda CR-V generasi seterusnya?
Laporan Automotive News melaporkan Honda merancang menukar konfigurasi semua model utamanya kepada hanya versi hibrid, dan Honda CR‑V termasuk dalam strategi berkenaan.

Di pasaran tempatan, prestasi jualannya juga memberangsangkan. Jualan terkumpul setakat tahun ini (YTD) Honda CR‑V mencecah 2,382 unit. Pecahan jualan menunjukkan nisbah hampir 50:50 antara varian enjin petrol turbo dan varian hibrid, iaitu masing‑masing 1,193 unit dan 1,189 unit.
Walau bagaimanapun, sejak pelancaran model generasi ke-enam, trend jualannya menunjukkan perubahan yang menarik.

Sepanjang tahun 2024 hingga 2025, varian hibrid menyumbang kira‑kira 20% daripada jumlah keseluruhan jualan Honda CR‑V. Namun, peratusan ini meningkat kepada 49.9% bagi tujuh bulan pertama tahun 2026. Masih terdapat beberapa bulan lagi sebelum akhir tahun, tetapi sekiranya trend ini berterusan, ia menunjukkan pembeli kenderaan Honda di Malaysia semakin menerima varian hibrid Honda CR‑V.
Ketika ini, harga runcit Honda CR‑V generasi ke-enam di Malaysia adalah seperti berikut:

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Waze could be banned?
IT seems like the Malaysian government may look into banning Waze, but only when local alternatives are ready. 1 minute ago
Honda plans to enter the pickup truck segment, and they've signed an MoU with Mitsubishi to use the Triton as the basis of their new truck.
Excited for a Honda-badged pickup? 1 minute ago
Cherry's president and chairman Yin Tongyue has publicly apologised over the recently Chery Omoda 5 axle incident in Malaysia.
#chery 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Waze could be banned?
IT seems like the Malaysian government may look into banning Waze, but only when local alternatives are ready. 1 minute ago
Honda plans to enter the pickup truck segment, and they've signed an MoU with Mitsubishi to use the Triton as the basis of their new truck.
Excited for a Honda-badged pickup? 1 minute ago
Cherry's president and chairman Yin Tongyue has publicly apologised over the recently Chery Omoda 5 axle incident in Malaysia.
#chery 1 minute ago