Penampilan MG S5 tampil moden dengan lampu LED, lampu nyalaan siang dan rim aloi 18 inci. Rel bumbung mengekalkan identiti SUV, manakala bumbung panoramik tetap menambah suasana lebih lapang apabila dilihat dari dalam. Lampu tinggi adaptif, lampu automatik dan cermin sisi yang melipat sendiri ketika dikunci turut memberi nilai praktikal pada rekaan luaran.













