Harga diesel bersubsidi untuk rakyat ditetapkan pada RM2.10 seliter di seluruh negara mulai Julai 2026, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kewangan (MOF).

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026.
Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme pengesahan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui Budi Madani RON95 (Budi95).
Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara pelaksanaan yang sama di seluruh negara. Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.
Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi. Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak yang memiliki kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit. Dengan ini, seluruh rakyat Malaysia akan mendapat manfaat harga subsidi diesel yang seragam di seluruh negara.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago