
Dah dekat 3 tahun sejak model Suzuki Swift ZCDDS terkini buat debut, tapi versi hot hatch Swift Sport masih belum muncul-muncul lagi. Khabar angin memang banyak, tapi gambar spyshot langsung tak ada.
Tapi jangan risau, Suzuki dekat Jepun sekarang ada tawarkan body kit khas untuk korang yang nak bagi Swift biasa nampak lebih sporty sementara tunggu versi Sport yang sebenar.



Pakej ni dipanggil Suzuki Sport Body Kit. Ia datang sekali dengan front skirt, rear skirt, dan side skirt yang rekaannya nampak lebih garang.

Di Jepun, set 3-piece ni dijual pada harga JPY 198,000 (lebih kurang RM5k) dan ambil masa sekitar 2.2 jam untuk dipasang. Kos upah pasang pulak ikut dealer masing-masing.

Kalau rasa 3 barang tu tak cukup, Suzuki ada satu lagi pilihan iaitu Suzuki Sport Black Aero Package. Pakej ni merangkumi body kit tadi, campur dengan front grille garnish, rim aloi kemasan hitam, air valves, dan wheel center caps warna hitam. Harganya pula JPY 312,972 (sekitar RM8k).

Walaupun rupa dah bertukar garang, bahagian enjin tak ada perubahan apa-apa pun. Ia masih menggunakan enjin petrol 1.2-litre naturally-aspirated 3-silinder. Ada juga varian yang dipadankan dengan sistem integrated starter generator (ISG) untuk jadi sistem mild-hybrid (MHEV).
Untuk pasaran Jepun, harga kereta Swift ni bermula dari JPY 1,727,000 (sekitar RM44k) untuk spec paling basic (XG variant), sehinggalah JPY 2,332,000 (sekitar RM59k) untuk spec paling tinggi iaitu Hybrid MZ 4WD.