Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaLaku Keras! Mazda CX-5 Generasi Ke-3 Terima Lebih 10,000 Tempahan Kat Jepun Dalam Masa Sebulan

Laku Keras! Mazda CX-5 Generasi Ke-3 Terima Lebih 10,000 Tempahan Kat Jepun Dalam Masa Sebulan

Kongsi video

Mazda baru sahaja mengumumkan yang tempahan domestik untuk Mazda CX-5 generasi baru (kod nama KM) sudah pun melepasi angka 10,000 unit setakat 21 Jun lepas. Pencapaian ini dicapai dalam masa sebulan sahaja selepas ia dilancarkan di Jepun pada 21 Mei 2026. Angka ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada sasaran jualan bulanan asal iaitu 2,000 unit.

Ini pecahannya mengikut pilihan pembeli kat sana:

  • Varian Paling Popular: Ramai pilih spec paling atas iaitu L Grade (65%), diikuti spec pertengahan G Grade (32%), dan spec basic S Grade (3%).
  • Ruang Dalaman & Warna: Untuk varian L Grade, kemasan Sport Tan paling laku (sekitar 40%). Manakala untuk warna luar pula, warna premium Rhodium White Premium Metallic jadi pilihan utama (25%).

Mazda memaklumkan model ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan umur kerana faktor praktikaliti. Antara maklum balas positif yang diterima:

  • Kerusi belakang rasa lebih luas dan selesa.
  • Sesuai sangat untuk aktiviti car-camping.
  • Pintu bukaan lebih luas, jadi senang mak ayah nak pasang child seat.
  • Skrin display besar dan interface baru buatkan pemanduan rasa lebih best.

Bermaz Motor sebenarnya dah mula acah-acah (tease) model serba baru Mazda CX-5 2026 ni masa acara KLIMS 2026 baru-baru ni. Maknanya, tak lama lagi ia akan mendarat di pasaran tempatan.

Berita baiknya, tempahan (booking) untuk SUV segmen-C ni dah pun dibuka sekarang dengan anggaran harga bermula dari RM170,000.

Follow Facebook

BitAuto.my 140.6K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

140.6K followers + Follow
Proton S70 i-GT 1.5 Prime kini lebih mampu dimiliki! Dengan harga yang lebih mampu milik ia masih menawarkan pakej yang cukup lengkap. Dalam video kali ini, saya membawa anda melihat dengan lebih dekat Proton S70 i-GT 1.5 Prime. Dari reka bentuk luaran, ruang kabin, teknologi, ciri keselamatan dan yang paling penting, pengalaman memandu. #ProtonS70 #ProtonS70Prime #ProtonS70Review #ProtonMalaysia #CarReviewMalaysia #KeretaMalaysia #SedanMalaysia #AutomotifMalaysia 7 hours ago Bookings are now opened for the upcoming 2027 GWM Ora 5 HEV! RM 115k estimated? That's quite a deal, don't you think? 12 hours ago This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000. What are you waiting for? #volvo 18 hours ago
Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan