
Sub-jenama EV premium di bawah BAIC, iaitu Arcfox, secara diam-diam telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu pasaran sasaran mereka di laman web global. Ini memberi bayangan bahawa jenama tersebut mungkin sedang merancang untuk memasuki pasaran tempatan. Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai operasi, harga, mahupun tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia.
Arcfox menyasarkan untuk mengembangkan sayap mereka ke lebih 40 buah negara merentasi enam rantau. Empat model utama nampaknya telah disenaraikan untuk pasaran antarabangsa: SUV T1 dan T5, Kaola S (sebuah SUV unik dengan pintu gelongsor), serta sedan prestasi S5.
Berikut adalah perincian ringkas untuk setiap model:

Ini merupakan model SUV paling kecil dalam barisan produk mereka, dibina untuk bersaing dengan model seperti BYD Dolphin dan Geely Xingyuan (atau Proton eMas 5 untuk pasaran kita).



SUV bersaiz pertengahan yang lebih besar dan luas.



Sebuah SUV unik yang mengambil inspirasi daripada reka bentuk MPV. Keistimewaannya adalah penggunaan pintu jenis gelongsor (sliding door) pada bahagian penumpang belakang sebelah kiri untuk memudahkan akses, manakala sebelah kanan menggunakan pintu jenis engsel biasa.




Ini ialah model sedan yang paling besar dan berprestasi tinggi dalam barisan model Arcfox.




Teruja dengan kehadiran jenama baru ini? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai kemasukan Arcfox ke pasaran Malaysia.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 7 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 12 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Those shopping for a premium SUV should seriously consider the Volvo XC60 - one of the most established and well-known models
Here's what you need to know about Volvo's long-standing XC60. 7 hours ago
For RM 171k, you get a made-in-Japan Mazda CX5. Worth it? #mazda #cx5 #mazdamalaysia 11 hours ago
Made in Japan dari harga RM 171k?? Semestinya Mazda CX5 terbaru! #mazda #cx5 #mazdamalaysia 12 hours ago