Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaProton S70 Jadi Teksi Baru Malaysia – Guna Model 1.5T Premium, Boleh Buat Teksi & E-Hailing

Proton S70 Jadi Teksi Baru Malaysia – Guna Model 1.5T Premium, Boleh Buat Teksi & E-Hailing

Kongsi video

Ucapkan hello kepada teksi terbaharu di Malaysia! Lepas zaman Proton Wira dan Iswara, sekarang Proton S70 pula dipilih untuk sertai barisan teksi negara.

Di bawah Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Proton S70 kini diiktiraf sebagai model teksi rasmi terbaharu.

Apa yang beza dengan S70 biasa?

Proton S70 versi teksi ni ada beberapa modifikasi menarik:

  • Papan Tanda Digital: Tiada lagi papan tanda teksi tradisional atas bumbung. Ia digantikan dengan skrin digital yang boleh tukar paparan tulisan 'Teksi' atau 'E-Hailing'.
  • Plat No. Siri 'GET': Teksi ni akan guna plat pendaftaran khas bermula dengan huruf 'GET' (singkatan untuk Gabungan E-hailing dan Teksi). Ini plat standard kedua diperkenalkan selepas plat khas EV sebelum ni.
  • Meter & Panel Iklan Digital: Kat bahagian dalam, ada skrin khas yang berfungsi sebagai taksimeter digital dan juga panel iklan. Panel iklan ni boleh bantu pemandu teksi cari duit poket lebih. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekarang tengah nilai beberapa vendor untuk sistem ni.

Insentif & Kelebihan Untuk Pemandu Teksi

Masa majlis pelancaran, PM Anwar umumkan kerajaan dah sediakan geran padanan bernilai RM10 juta, yang merangkumi:

  • Diskaun sehingga RM2,000 daripada Proton.
  • Bantuan sehingga RM2,000 daripada kerajaan.

Nak bagi lagi ramai pemandu teksi tukar (trade-in) teksi lama mereka, kerajaan turut tawarkan skim pembiayaan mudah. Antara kelebihan lain yang dorang dapat:

  • Pengecualian duti eksais dan cukai jualan.
  • Laluan keutamaan (priority) masa buat pemeriksaan kenderaan kat Puspakom.
  • Paling best, pemandu juga dibenarkan guna teksi S70 ni sebagai kenderaan peribadi sendiri.

Follow Facebook

BitAuto.my 176.7K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

176.7K followers + Follow
If you're shopping for a C-segment SUV, do check out the GWM Haval H6 HEV, as this SUV is still a compelling option. What colour would you pick? 13 hours ago Our friends at Careta took our Xiaomi SU7 for a spin. Here's the opinion of veteran automotive journalist, Hezeri Samsuri! Give them some love! 🫰🫵 13 hours ago Proton Saga & EV Terajui Pasaran September 2026! Supercar Tesla Bertenaga Roket SpaceX! 🚀 Adakah Proton Saga kembali merampas takhta kereta paling laris di Malaysia? Dan sejauh mana Proton menerajui pasaran Kenderaan Elektrik (EV) tempatan? 🚗⚡ #BitAutoMalaysia #protonsaga #ProtoneMAS #mitsubishixforce #teslaroadster #spacex #BeritaAutomotif #CarNewsMalaysia #EV 1 day ago
Kembali ke Atas
Balasan