Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBeritaTesla Model Y L Kini Boleh Dibeli Di USA, UAE Dan Puerto Rico

Tesla Model Y L Kini Boleh Dibeli Di USA, UAE Dan Puerto Rico

Kongsi video

Selepas membuat kemunculan pertama di China pada bulan Jun 2025, Tesla nampaknya mula melancarkan model Model Y L terbaharu ini ke seluruh dunia secara berperingkat. Bagi pasaran Malaysia, unit model ini sebenarnya telah tiba dan tersedia tempahan sejak awal tahun 2026.

Dalam perkembangan terbaru, Tesla secara rasmi mengumumkan bahawa Model Y L kini telah dibuka untuk tempahan dan jualan di beberapa pasaran baharu iaitu Amerika Syarikat (USA), Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta Puerto Rico.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, Model Y L ini akan dihasilkan sepenuhnya di fasiliti pengeluaran Tesla Gigafactory Texas. Harga permulaan untuk varian Model Y L Premium Launch Edition ialah USD 61,990 (kira-kira RM273k). Harga ini menunjukkan peningkatan sebanyak USD 12,000 berbanding varian standard Model Y AWD Premium, dan USD 4,000 lebih mahal berbanding varian Model Y Performance sedia ada.

Jika dibandingkan dengan model spesifikasi Malaysia, Tesla menyatakan model spesifikasi USA ini mampu bergerak sejauh 523 km (325 batu) jika dipadankan dengan rim aloi standard bersaiz 19 inci. Kalau memilih rim 20 inci yang lebih besar, jarak pemanduannya akan berkurang sekitar 8 km (5 batu). Sebagai perbandingan, Tesla Model Y L spec Malaysia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 681 km di bawah kitaran ujian WLTP.

Proses penyerahan kenderaan untuk pelanggan di Amerika Syarikat dijangka akan bermula pada akhir bulan September 2026.

Follow Facebook

BitAuto.my 140.4K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

140.4K followers + Follow
Proton S70 i-GT 1.5 Prime kini lebih mampu dimiliki! Dengan harga yang lebih mampu milik ia masih menawarkan pakej yang cukup lengkap. Dalam video kali ini, saya membawa anda melihat dengan lebih dekat Proton S70 i-GT 1.5 Prime. Dari reka bentuk luaran, ruang kabin, teknologi, ciri keselamatan dan yang paling penting, pengalaman memandu. #ProtonS70 #ProtonS70Prime #ProtonS70Review #ProtonMalaysia #CarReviewMalaysia #KeretaMalaysia #SedanMalaysia #AutomotifMalaysia 4 hours ago Bookings are now opened for the upcoming 2027 GWM Ora 5 HEV! RM 115k estimated? That's quite a deal, don't you think? 10 hours ago This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000. What are you waiting for? #volvo 15 hours ago
Semua Jenama
Kereta Popular
Barisan Jenama dan Model
Kembali ke Atas
Balasan