Jetour UAE baru sahaja mengesahkan bahawa tempahan untuk Jetour T2 2027 kini dibuka, sambil mendedahkan beberapa kemas kini terbaharu menerusi laman Instagram rasmi mereka. Yang menariknya, hampir kesemua perubahan tertumpu pada bahagian dalaman kabin, dengan satu-satunya perubahan luaran yang dapat dilihat ialah spoiler pintu belakang (tailgate) yang menerima rekaan baharu yang lebih ringkas.

Panel pintu kini dipasang sisipan berjalur jahit selaras dengan kerusi kulit berjalur jahit baharu yang turut dilengkapi fungsi urutan (massage function). Selain itu, pegangan tangan(Grab Handle) turut ditambah untuk penumpang hadapan, sesuatu yang tiada pada model spesifikasi Malaysia pemanduan kanan (RHD) buat masa ini (model pasaran kita hanya dilengkapi pegangan tangan untuk penumpang belakang).

Di bahagian lain, suis tingkap pada pintu pemandu dan butang kawalan pada konsol tengah telah direka semula, manakala sandaran tangan konsol tengah kini dibuka ke arah pemandu secara sisi, bukan lagi ke atas seperti sebelum ini. Antara muka skrin sentuh juga kelihatan baharu, selain penambahan meja lipat untuk kegunaan penumpang belakang.

Siaran Instagram Jetour UAE turut menyebut mengenai kemasan stereng yang dipertingkatkan, butang kawalan penyaman udara fizikal, sistem pengudaraan tempat duduk, dan tempat duduk penumpang hadapan jenis "recliner". Bagaimanapun, model spesifikasi Malaysia sedia ada sudah pun dilengkapi dengan semua ciri tersebut. Perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah model UAE dipadankan dengan tayar Michelin EV, berbanding tayar all-terrain (A/T) jenama Giti yang digunakan untuk pasaran tempatan.

UAE merupakan salah satu pasaran eksport pertama menerima Jetour T2 versi dikemaskini. Ini kerana Jetour T2 bukan sahaja model China paling laris di UAE, malah membantu Jetour menjadi jenama China paling laris di negara tersebut pada tahun 2025.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi sama ada kemas kini spesifikasi UAE ini akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Sebagai rujukan, Jetour T2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM156,800 (termasuk rebat RM2,000), hadir sebagai SUV CKD berbentuk petak (boxy) yang menjana 254 PS dan tork 390 Nm.
Varian plug-in hybrid (PHEV) juga dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Kereta Rally Karamjit Singh & Proton Wira Schumacher Ada Sini! | HME Asia 2026
Hujung minggu dah tiba dan anda mencari sesuatu untuk cuci mata? Jemput datang ke Heritage Motor Exchange Asia 2026 yang berlangsung di Dewal Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur!
Berbeza dengan pameran biasa, acara ini memberi tumpuan khas kepada kenderaan-kenderaan warisan dan klasik yang menggamit memori. Antara daya tarikan utama yang dipamerkan termasuk:
🏎️ Kereta Rally Legenda: Kereta rally ikonik yang pernah dipandu oleh pemandu legenda negara, Karamjit Singh!
🏎️ Proton Wira Schumacher: Model Proton Wira penuh sejarah yang pernah dipandu oleh pelumba F1 legenda, Michael Schumacher!
🚘 Kereta Klasik & Mewah: Mercedes-Benz W111 Cabriolet (1960-an), Rolls-Royce Silver Cloud, Jaguar E-Type, dan pelbagai lagi model berprestasi tinggi.
Membawa tema "When Passion Meets Acquisition", pameran ini menghimpunkan lebih 50 buah kereta daripada pelbagai era. Ia turut memperkenalkan sistem penilaian Concours 100 mata serta kemudahan urusan pemeriksaan, insurans, dan cukai jalan bersama agensi seperti Puspakom dan JPJ di lokasi.
📅 Tarikh: 23 – 25 Oktober 2026
📍 Lokasi: Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur
Tonton video ini sampai habis untuk lihat sendiri kehebatan jentera-jentera klasik ini! Jangan lupa untuk Like, Comment, dan Subscribe ke saluran BitAuto!
#HeritageMotorExchange #HMEAsia2026 #BitAuto #WTCKL #KeretaKlasik 1 minute ago
Rare cars, legendary icons and automotive dreams come alive at Heritage Motor Exchange Asia!
#HMEA #HeritageMotorExchangeAsia #ClassicCars #Supercars #CarCulture #MalaysiaCars 1 hour ago
Waze could be banned?
IT seems like the Malaysian government may look into banning Waze, but only when local alternatives are ready. 3 hours ago Get the latest car news first!

IT seems like the Malaysian government may look into banning Waze, but only when local alternatives are ready. 3 hours ago