
Volvo Car Malaysia telah melancarkan model baharu 2026 Volvo EX30 Cross Country. Selaras dengan warisan model Cross Country Volvo, EX30 Cross Country menampilkan elemen reka bentuk lebih lasak untuk membezakannya daripada EX30 versi standard.
Malaysia merupakan pasaran terbaharu di rantau ASEAN yang menerima model ini, berikutan pelancarannya terdahulu di Thailand.
Volvo EX30 Cross Country ialah model terbaharu Volvo yang membawa nama Cross Country. Nama legasi ini bermula sejak September 1997 menerusi generasi pertama Volvo V70.

Bagi pasaran tempatan, Volvo EX30 Cross Country dijual pada harga RM218,888. Bagi 100 pelanggan pertama, mereka akan mendapat manfaat tawaran istimewa seperti berikut:
Model ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volvo Shah Alam, sama seperti EX30 standard. VCM juga mengumumkan harga EX30 Ultra telah dikurangkan kepada RM198,888.
EX30 Cross Country mudah dikenali melalui panel kemasan hitam pada bahagian hadapan dan belakang, disertakan plat pelindung bawah (skid plate), sambungan gerbang roda serta pengawal lumpur (mudguard).

Jika dilihat dengan teliti, panel hitam bahagian hadapan mempunyai corak yang diinspirasikan oleh topografi banjaran gunung Kebnekaise Sweden, lengkap dengan koordinat lokasi sebenar gunung tersebut.
Model ini dipasang dengan rim aloi 19‑inci khusus Cross Country, dipadankan tayar profil lebih tinggi, serta suspensi yang ditinggikan. Gabungan kesemuanya meningkatkan kelegaan tanah sebanyak 19 mm berbanding EX30 standard.

Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah Cloud Blue, Crystal White, Onyx Black dan Vapour Grey.

Dari segi kabin, 2026 Volvo EX30 Cross Country sebahagian besarnya mengekalkan susun atur EX30 standard, termasuk skrin sentuh tengah 12.3‑inci format menegak untuk mengurus sistem infotainmen dan memaparkan maklumat pemanduan utama.

Penambahan untuk varian Cross Country termasuk pelapik lantai getah dan alas lantai petak but getah, lebih mudah dibersihkan selepas aktiviti luar rumah.
Bahagian kabin lain masih mengamalkan reka bentuk minimalis Scandinavia seperti EX30 standard, menumpukan kepada kawalan ringkas, permukaan kemas dan penggunaan ruang yang cekap.
Sama seperti EX30 standard, Volvo EX30 Cross Country dikuasakan sistem pacuan semua roda dwimotor Twin Performance, menjana kuasa 428 PS dan tork 534 Nm. Ia mampu mencapai 0‑100 km/j dalam tempoh 3.7 saat. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 180 km/j, selaras prinsip keutamaan keselamatan Volvo.

Namun begitu, disebabkan kit badan tambahan, suspensi lebih tinggi dan tayar bersaiz lebih besar, jarak gerak ujian WLTP telah turun kepada 437 km (EX30 RWD standard mendapat 475 km WLTP). Kapasiti bateri kekal 69 kWh, pengecasan pantas DC 10%‑80% mengambil masa 27 minit.
KKelengkapan standard bagi 2026 Volvo EX30 Cross Country merangkumi:
2026 Volvo EX30 Cross Country disokong waranti berikut:

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
This weekend is your chance to own a Volvo Selekt Certified Used Car, priced from just RM 148,000.
What are you waiting for?
#volvo 1 minute ago
We saw this accident this morning, and here’s a reminder to everyone: please drive safe. 2 days ago
The G50 BMW 3 series is now here, adopting much of the i3's design elements.
So, where's the BMW M3?
#bmw #BMW3Series 4 days ago