Bahasa Melayu
Muat turun Aplikasi
Ikuti kami
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
  • TikTok
  • X
UtamaBerita2026 Volvo EX30 Cross Country dilancarkan di Malaysia: Varian tunggal Twin Performance AWD, RM218,888

2026 Volvo EX30 Cross Country dilancarkan di Malaysia: Varian tunggal Twin Performance AWD, RM218,888

Volvo Car Malaysia telah melancarkan model baharu 2026 Volvo EX30 Cross Country. Selaras dengan warisan model Cross Country Volvo, EX30 Cross Country menampilkan elemen reka bentuk lebih lasak untuk membezakannya daripada EX30 versi standard.

Malaysia merupakan pasaran terbaharu di rantau ASEAN yang menerima model ini, berikutan pelancarannya terdahulu di Thailand.

Gambaran Keseluruhan

Volvo EX30 Cross Country ialah model terbaharu Volvo yang membawa nama Cross Country. Nama legasi ini bermula sejak September 1997 menerusi generasi pertama Volvo V70.

Bagi pasaran tempatan, Volvo EX30 Cross Country dijual pada harga RM218,888. Bagi 100 pelanggan pertama, mereka akan mendapat manfaat tawaran istimewa seperti berikut:

  • Rebat tunai RM12,000
  • Unit Volvo wallbox percuma bernilai RM3,990
  • Load Carrier bernilai RM2,098
  • Bak bumbung (Roof basket) bernilai RM3,680

Model ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volvo Shah Alam, sama seperti EX30 standard. VCM juga mengumumkan harga EX30 Ultra telah dikurangkan kepada RM198,888.

Luaran

EX30 Cross Country mudah dikenali melalui panel kemasan hitam pada bahagian hadapan dan belakang, disertakan plat pelindung bawah (skid plate), sambungan gerbang roda serta pengawal lumpur (mudguard).

Jika dilihat dengan teliti, panel hitam bahagian hadapan mempunyai corak yang diinspirasikan oleh topografi banjaran gunung Kebnekaise Sweden, lengkap dengan koordinat lokasi sebenar gunung tersebut.

Model ini dipasang dengan rim aloi 19‑inci khusus Cross Country, dipadankan tayar profil lebih tinggi, serta suspensi yang ditinggikan. Gabungan kesemuanya meningkatkan kelegaan tanah sebanyak 19 mm berbanding EX30 standard.

Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah Cloud Blue, Crystal White, Onyx Black dan Vapour Grey. 

Dalaman

Dari segi kabin, 2026 Volvo EX30 Cross Country sebahagian besarnya mengekalkan susun atur EX30 standard, termasuk skrin sentuh tengah 12.3‑inci format menegak untuk mengurus sistem infotainmen dan memaparkan maklumat pemanduan utama.

Penambahan untuk varian Cross Country termasuk pelapik lantai getah dan alas lantai petak but getah, lebih mudah dibersihkan selepas aktiviti luar rumah.

Bahagian kabin lain masih mengamalkan reka bentuk minimalis Scandinavia seperti EX30 standard, menumpukan kepada kawalan ringkas, permukaan kemas dan penggunaan ruang yang cekap.

Trenkuasa

Sama seperti EX30 standard, Volvo EX30 Cross Country dikuasakan sistem pacuan semua roda dwimotor Twin Performance, menjana kuasa 428 PS dan tork 534 Nm. Ia mampu mencapai 0‑100 km/j dalam tempoh 3.7 saat. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 180 km/j, selaras prinsip keutamaan keselamatan Volvo.

Namun begitu, disebabkan kit badan tambahan, suspensi lebih tinggi dan tayar bersaiz lebih besar, jarak gerak ujian WLTP telah turun kepada 437 km (EX30 RWD standard mendapat 475 km WLTP). Kapasiti bateri kekal 69 kWh, pengecasan pantas DC 10%‑80% mengambil masa 27 minit.

Kelengkapan

KKelengkapan standard bagi 2026 Volvo EX30 Cross Country merangkumi:

  • Lampu hadapan LED automatik dengan fungsi pancaran tinggi aktif
  • Lampu belakang LED
  • Penutup hadapan & belakang reka bentuk Cross Country
  • Plat pelindung bawah dan bampar bawah Cross Country
  • Sambungan gerbang roda Cross Country
  • Rim aloi 19-inci matte black Cross Country
  • Kemasan dalaman tema Indigo dengan upholsteri Textile & Nordico
  • Sistem infotainmen 12.3-inci
  • Sistem audio premium Harman Kardon
  • Kawalan iklim automatik dua zon
  • Beg udara hadapan, beg udara sisi, beg udara pemandu far-side, langsir beg udara sepanjang kabin
  • Pilot Assist
  • Lane Keeping Aid
  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dengan bantuan stereng
  • Sistem Pengelakan & Mitigasi Perlanggaran
  • InBrek Automatik Persimpangan (Intersection Autobrake)
  • Peringatan Trafik Silang Belakang (Rear Cross Traffic Alert)

Waranti & Perkhidmatan Selepas Jualan

2026 Volvo EX30 Cross Country disokong waranti berikut:

  • Waranti kenderaan 5 tahun tanpa had perbatuan,
  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun / 160,000 km

Follow Facebook

BitAuto.my 206.4K followers

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

+ Follow

Get the latest car news first!

BitAuto.my

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.

206.4K followers + Follow
BYD's Flash Charging technology is finally here, with Denza Balakong being the first outlet to feature the "Ready in 5, Full in 9"-capable chargers. More Denza outlets will be receiving the Flash Charging technology, with the Glenmarie and Old Klang Road outlets being next. #BYD #Denza #FlashCharging 1 minute ago The updated 2027 Denza D9 is here, now equipped with BYD's Flash Charging Technology! Ready in 5 min, Full in 9 min! #Denza #DenzaD9 1 minute ago GWM Malaysia is giving away a brand-new Ora 5 Hi2 HEV! 🎁🚗 Celebrate GWM’s 4th anniversary with Good Cat deals from RM 94k, RM 17,000 H6 HEV perks, and 5 years free maintenance until 31 Dec. Full details here 👇 1 minute ago
Kembali ke Atas
Balasan