
Nissan telah membangunkan bahan komposit automotif terbaharu menggunakan gentian daripada daun nanas, yang berpotensi menjadi alternatif lebih mampan berbanding bahan konvensional pada panel badan kenderaan.
Nissan mengumumkan kerjasama dengan syarikat Jepun, Food Reborn, untuk membangunkan apa yang didakwa sebagai panel badan luaran automotif pertama di dunia yang diperbuat daripada plastik diperkukuh gentian semula jadi (NFRP) berasaskan gentian daun nanas.

Inovasi ini memanfaatkan daun nanas, iaitu sisa pertanian yang biasanya dibuang selepas musim menuai.
Menurut Nissan, lebih 50 juta tan daun nanas tidak digunakan di seluruh dunia setiap tahun, sekali gus menawarkan peluang untuk mengubah sisa pertanian tersebut kepada bahan industri yang bernilai.

Kedua-dua syarikat telah membangunkan proses pembuatan yang mengeluarkan gentian daripada daun nanas, menukarkannya kepada benang rata, sebelum ditenun menjadi fabrik.
Fabrik tersebut kemudian digabungkan dengan resin bagi menghasilkan bahan komposit yang boleh dibentuk menjadi komponen automotif, termasuk panel badan luaran.
Berdasarkan ujian dalaman Nissan, bahan yang terhasil ini menawarkan kekuatan tegangan yang lebih tinggi berbanding komposit gentian semula jadi berasaskan flaks (flax) yang biasa digunakan.
Selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah konvensional, Nissan menyatakan teknologi ini mampu memenuhi permintaan terhadap bahan yang lebih mampan dalam dunia sukan permotoran.
Beberapa kategori perlumbaan beras askan kereta produksi sudah pun mewajibkan penggunaan komposit diperkukuh gentian semula jadi apabila panel badan luaran diubah suai. Namun begitu, bekalan yang terhad dan kos yang tinggi menjadi kekangan utama untuk penggunaan yang lebih meluas.
<imgclass="imgborder" src="https://global-img.bitauto.my/usercenter/yhzx/20261118/635/w1260_m0_q100_yichecar_495195563556026.jpg" />
Nissan akan melesenkan kepakaran pembuatannya kepada Food Reborn , termasuk penghasilan benang rata, fabrik tenunan, dan bahan prepreg, di mana gentian telah pun diresapi resin untuk proses pembentukan seterusnya.
Syarikat-syarikat tersebut akan mempamerkan panel badan luaran yang dihasilkan menggunakan bahan baharu ini di Pameran Teknologi Bahan Termaju SAMPE Jepun, yang berlangsung dari 18 hingga 20 November 2026 di Tokyo.
Walaupun teknologi ini berpotensi diaplikasikan pada kenderaan produksi pada masa akan datang, Nissan masih belum mengumumkan garis masa untuk penggunaan komersial atau mengenal pasti model khusus yang bakal menggunakannya.
Pembangunan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Nissan Green Program 2030 yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan sumber serta meminimumkan kesan terhadap alam sekitar di seluruh operasinya.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
GWM Malaysia is giving away a brand-new Ora 5 Hi2 HEV! 🎁🚗
Celebrate GWM’s 4th anniversary with Good Cat deals from RM 94k, RM 17,000 H6 HEV perks, and 5 years free maintenance until 31 Dec.
Full details here 👇 1 minute ago
Toyota Corolla Deck finally revealed!
Revealed hours ago, this Corolla Cross-based pickup truck is South America-bound and definitely reminds us of the Proton Arena.
Do you want one here?
#toyota #ToyotaCorollaDeck 1 minute ago
Bookings for the 2027 Proton S70 RS are officially open but official prices under wraps for now. How much do you think Proton will price it at?
#proton #protons70 #protons70rs #carnewsmalaysia #sedan 4 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
GWM Malaysia is giving away a brand-new Ora 5 Hi2 HEV! 🎁🚗
Celebrate GWM’s 4th anniversary with Good Cat deals from RM 94k, RM 17,000 H6 HEV perks, and 5 years free maintenance until 31 Dec.
Full details here 👇 1 minute ago
Toyota Corolla Deck finally revealed!
Revealed hours ago, this Corolla Cross-based pickup truck is South America-bound and definitely reminds us of the Proton Arena.
Do you want one here?
#toyota #ToyotaCorollaDeck 1 minute ago
Bookings for the 2027 Proton S70 RS are officially open but official prices under wraps for now. How much do you think Proton will price it at?
#proton #protons70 #protons70rs #carnewsmalaysia #sedan 4 hours ago