
Nissan telah membangunkan bahan komposit automotif terbaharu menggunakan gentian daripada daun nanas, yang berpotensi menjadi alternatif lebih mampan berbanding bahan konvensional pada panel badan kenderaan.
Nissan mengumumkan kerjasama dengan syarikat Jepun, Food Reborn, untuk membangunkan apa yang didakwa sebagai panel badan luaran automotif pertama di dunia yang diperbuat daripada plastik diperkukuh gentian semula jadi (NFRP) berasaskan gentian daun nanas.

In ovasi ini memanfaatkan daun nanas, iaitu sisa pertanian yang biasanya dibuang selepas musim tuaian.
Menurut Nissan, lebih 50 juta tan daun nanas tidak digunakan di seluruh dunia setiap tahun, sekali gus menawarkan peluang untuk mengubah sisa pertanian tersebut kepada bahan industri yang bernilai.

Kedua-dua syarikat telah membangunkan proses pembuatan yang mengekstrak gentian daripada daun nanas, menukarkannya kepada benang rata, sebelum ditenun menjadi fabrik.
Fabrik tersebut kemudian digabungkan dengan resin bagi menghasilkan bahan komposit yang boleh dibentuk menjadi komponen automotif, termasuk panel badan luaran.
Berdasarkan ujian dalaman Nissan, bahan yang terhasil ini menawarkan kekuatan tegangan yang lebih tinggi berbanding komposit gentian semula jadi berasaskan flaks (flax) yang biasa digunakan.
Selain meng urangkan kebergantungan kepada bahan mentah konvensional, Nissan menyatakan teknologi ini mampu memenuhi permintaan terhadap bahan yang lebih mampan dalam dunia sukan permotoran.
Beberapa kategori perlumbaan beras askan kereta produksi sudah pun mewajibkan penggunaan komposit diperkukuh gentian semula jadi apabila panel badan luaran diubah suai. Namun begitu, bekalan yang terhad dan kos yang tinggi menjadi kekangan utama untuk penggunaan yang lebih meluas.
Nissan akan melesenkan kepakaran pembuatannya kepada Food Reborn , termasuk penghasilan benang rata, fabrik tenunan, dan bahan prepreg, di mana gentian telah pun diresapi resin untuk proses pembentukan seterusnya.
Syarikat-syarikat tersebut akan mempamerkan panel badan luaran yang dihasilkan menggunakan bahan baharu ini di Pameran Teknologi Bahan Termaju SAMPE Jep un, yang berlangsung dari 18 hingga 20 November 2026 di Tokyo.
Walaupun teknologi ini berpotensi diaplikasikan pada kenderaan produksi pada masa akan datang, Nissan masih belum mengumumkan garis masa untuk penggunaan komersial atau mengenal pasti model khusus yang bakal menggunakannya.
Pembangunan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Nissan Green Program 2030 yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan sumber serta meminimumkan kesan terhadap alam sekitar di seluruh operasinya.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Those right-hand-drive Xpeng models are already in the UK. Malaysia next? 1 hour ago
When they wanted the D but need to pay double the price... 1 hour ago
Should Jetour Malaysia bring a budget compact SUV like this to rival the X50 and Perodua Traz? 1 hour ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.