Denza D9 berkemungkinan bakal menerima kemas kini di Malaysia susulan Denza Malaysia baru sahaja memuat naik video acah di laman Facebook rasminya.
Walaupun klip video pendek tersebut tidak berkongsi banyak perincian teknikal, ia telah mencetuskan spekulasi bahawa model facelift ini bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, berkemungkinan membawakan teknologi Pengecasan Kilat (Flash Charging) terbaharu daripada BYD.

Berdasarkan apa yang dipaparkan, MPV ini dilihat hampir tidak berubah berbanding Denza D9 sedia ada di pasaran Malaysia, membayangkan model baharu ini mungkin mengekalkan reka bentuk luaran yang sama.
Jadi, apakah pembaharuan yang bakal dibawakan? Salah satu kemungkinannya ialah pengenalan Blade Battery generasi kedua BYD bersama teknologi Pengecasan Kilat, yang telah membuat kemunculan sulung pada Denza D9 generasi kedua di China awal tahun ini.

Dengan kapasiti yang dipertingkatkan kepada 115kWh, Blade Battery generasi kedua ini menyokong Pengecasan Kilat, menawarkan output puncak setinggi 1,500kW bagi setiap pistol pengecas. Menurut syarikat itu, D9 yang diperbaharui ini mampu mengecas dari 10% hingga 70% dalam masa lima minit sahaja, serta dari 10% hingga 97% dalam tempoh sembilan minit.
Jarak pemanduan juga telah meningkat dengan ketara. Mengikut kitaran ujian CLTC, D9 elektrik sepenuhnya (BEV) di China menawarkan jarak gerak sehingga 800 km, manakala versi plug‑in hybrid (PHEV) pula mampu bergerak sehingga 401 km menggunakan kuasa elektrik semata‑mata.
Sekiranya teknologi ini diperkenalkan pada model spesifikasi Malaysia kelak, ia bakal membawakan peningkatan yang amat signifikan dari segi kemudahan pengecasan.
Lebih menarik lagi, bagi menyokong teknologi ini, BYD Malaysia telah mengumumkan perancangan untuk memasang fasiliti Pengecasan Kilat di bilik pameran Denza terpilih. Ini bermakna para pemilik di Malaysia bakal menikmati akses kepada infrastruktur pengecasan ultra pantas yang diperlukan bagi memanfaatkan sepenuhnya sistem berkenaan.
Baca Juga: BYD Pengecasan Kilat bakal debut di bilik pameran Denza di Malaysia – 2027 Denza Z9GT tambah pilihan warna Fjord Green

Sebagai rujukan, Denza D9 kini ditawarkan di Malaysia dalam dua varian elektrik sepenuhnya, di mana kedua‑duanya hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk.
| Varian | Harga | Trenkuasa | Jarak Gerak WLTP |
| Denza D9 Advanced | RM259,700 | FWD | 520km |
| Denza D9 Premium | RM309,700 | AWD | 480km |
Kedua‑dua varian dikuasakan oleh pek bateri 103.6kWh BYD Blade LFP, yang menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW serta pengecasan pantas DC sehingga 166 kW. Menerusi pengecas pantas DC, pengecasan dari 30% ke 80% hanya mengambil masa sekitar 30 minit.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
Toyota pushes for even better peace-of-mind with its Mobili-T Assist, allowing eligible customers to get a courtesy car whilst theirs are being repaired.
And Toyota's Move Your World Reward would reward eligible customers with a chance to win an iPhone Duo!
#toyota 1 minute ago
Tyres may be one of the least exciting part of your car, but they're an extremely crucial when it comes to safety.
And Nexen has introduced two new tyres, catering to different market segments.
#nexen 1 minute ago Toyota M Concept - is it a new MR2 or Celica? Will it be built in the first place? We speak to the development driver for answers 1 minute ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
Toyota pushes for even better peace-of-mind with its Mobili-T Assist, allowing eligible customers to get a courtesy car whilst theirs are being repaired.
And Toyota's Move Your World Reward would reward eligible customers with a chance to win an iPhone Duo!
#toyota 1 minute ago
Tyres may be one of the least exciting part of your car, but they're an extremely crucial when it comes to safety.
And Nexen has introduced two new tyres, catering to different market segments.
#nexen 1 minute ago Toyota M Concept - is it a new MR2 or Celica? Will it be built in the first place? We speak to the development driver for answers 1 minute ago