Pelan pengembangan global XPENG mencatat kemajuan baharu. XPENG baru‑baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengedar tempatan di Nigeria, Oman, Kuwait dan Albania, untuk memasuki pasaran negara‑negara tersebut secara rasmi.
Pengembangan perniagaan ini meliputi rantau Teluk Timur Tengah, Afrika Barat dan Semenanjung Balkan Barat.




Difahamkan XPENG memuktamadkan perjanjian pengedaran untuk keempat‑empat pasaran ini antara September hingga Oktober tahun ini. Memandangkan perbezaan geografi dan budaya setiap pasaran, XPENG bekerjasama dengan pengedar tempatan untuk mewujudkan asas kukuh bagi pengenalan model baharu, pembentukan imej jenama serta rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang lengkap.
Sejak tahun 2026, XPENG mempercepatkan pengembangan di pasaran Timur Tengah dan Afrika dengan strategi dua saluran serentak iaitu “pelancaran jenama” dan “penandatangan perjanjian pengedar”:
Pelancaran model baharu: Morocco, Tunisia, Bahrain dan Mauritius. Mauritius merupakan pasaran Right‑Hand Drive pertama XPENG di rantau Timur Tengah‑Afrika, selaras dengan perundangan dan tabiat pemanduan tempatan.
Penandatangan perjanjian pasaran baharu: Kuwait, Nigeria, Oman dan Albania.


XPENG menyatakan pihaknya akan terus bekerjasama dengan rakan niaga di setiap negara untuk menawarkan teknologi teras kenderaan elektriknya iaitu smart cockpit dan sistem bantuan pemanduan pintar peringkat tinggi kepada pengguna tempatan.
Kemajuan berterusan di rantau Timur Tengah‑Afrika merupakan gambaran pengembangan rangkaian global XPENG. Jenama EV ini bermula di Norway, kemudian bertapak di Eropah dan terus berkembang ke rantau strategik lain seperti Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Setakat ini, rangkaian jualan dan perkhidmatan global XPENG meliputi sebanyak 83 negara dan wilayah.

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
+ Follow
10% to 70% in just 5 minutes?
Yes, BYD's Flash Charging has reached Malaysia, and the Denza Z9GT is one of the first models to be able to Flash Charge here.
#BYD #BYDFlashCharging 1 minute ago
It looks like Malaysia will soon be welcoming two more electrified MPVs.
And one of them is a very quirky MPV. 19 hours ago Get the latest car news first!

Your go-to source for all things automotive in Malaysia. 🚗 Latest reviews, breaking news, launches & industry trends.
10% to 70% in just 5 minutes?
Yes, BYD's Flash Charging has reached Malaysia, and the Denza Z9GT is one of the first models to be able to Flash Charge here.
#BYD #BYDFlashCharging 1 minute ago
It looks like Malaysia will soon be welcoming two more electrified MPVs.
And one of them is a very quirky MPV. 19 hours ago